“DOKUMENTARI MISTERI KEHILANGAN TEBU CHUPING, PERLIS”

Authors

  • Noor Aziah Abdullah Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia
  • Amirul Syahmi Sahidan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Jika Kelantan terkenal dengan kehebatan penghasilan wau bulan, Terengganu dengan keindahan pantainya, Perlis pula terkenal dengan pemandangan terbentang luas ladang tebu di Chuping. Namun keunikan ladang tebu tidak lagi kelihatan di Chuping. Justeru itu, dokumentari ini dihasilkan dengan diberi tajuk “Misteri Kehilangan Ladang Tebu Chupingâ€. Kajian ini dijalankan dengan beberapa objektif yang pertama; mengenal pasti penutupan ladang tebu, Chuping; kedua; mengenal pasti pekerjaan yang dilakukan oleh bekas pekerja ladang tebu Chuping, Bagi mendapatkan dapatan kajian kaedah pengumpulan data dilakukan dengan mengadakan temu bual mendalam bersama informan dari pihak Pejabat Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), MSM Perlis Sdn Bhd dan seorang bekas pekerja di bekas ladang tebu tersebut. Selain teknik temu bual, teknik imbas kembali juga turut digunakan bertujuan memaparkan maklumat dan juga babak kronologi mengenai ladang tebu di Chuping ini. Sehubungan dengan itu, dokumentari yang berdurasi 10 minit ini diterbitkan bagi menjawab beberapa persoalan berkaitan kehilangan ladang tebu dan penutupan kilang gula di Chuping, Perlis. Hasil kajian mendapati kehilangan ladang tebu di Chuping adalah atas faktor penawaran yang tidak mampu menyaingi permintaan yang tinggi, kemerosotan nutrien tanah yang membawa kepada penghasilan kualiti tebu yang rendah serta urus tadbir yang lemah di pihak pengurusan induk. Penghasilan dokumentari ini dapat dijadikan sumber informasi kepada masyarakat negara, pelajar dan pemain industri.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Noor Aziah Abdullah, & Amirul Syahmi Sahidan. (2024). “DOKUMENTARI MISTERI KEHILANGAN TEBU CHUPING, PERLIS”. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2180