FAKTOR POLITIK BERPERANAN MEMPENGARUHI KEPUTUSAN PEMILIHAN DESTINASI PENGAJIAN PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA
Keywords:
Pelajar Antarabangsa, Faktor Politik Pemilihan Destinasi PengajianAbstract
Dewasa ini, pelbagai usaha telah dijalankan bagi mempergiatkan usaha pengantarabangsaan sesebuah universiti dengan meningkatkan aliran jumlah kemasukan pelajar antarabangsa untuk membangunkan sumber manusia globalisasi sekaligus menjana pendapatan negara. Sehubungan itu,strategi pemasaran dan promosi universiti haruslah digandakan dengan mengambil kira faktor kedatangan dan penyebab pelajar membuat keputusan untuk memilih destinasi pengajian diluar negara. Salah satu faktor yang sangat dititikberatkan adalah faktor politik. Kajian ini memberi penumpuan terhadap faktor-faktor politik yang dapat mempengaruhi keputusan pelajar antarabangsa untuk belajar di luar negara dan memilih destinasi pengajian yang tepat dan bersesuaian bagi mereka. Objektif yang ingin dicapai menerusi kajian ini ialah (1) mengenalpasti faktor-faktor politik yang berupaya mempengaruhi keputusan pemilihan destinasi pengajian pelajar antarabangsa, (2) membincangkan strategi pemasaran dan promosi yang boleh dilaksanakan oleh universiti dalam meningkatkan pengambilan pelajar antarabangsa serta hubungannya dengan faktor politik yang dibincangkan. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan pemahaman tentang faktor politik yang mempengaruhi keputusan pelajar antarabangsa dan memberi alternatif kepada universiti dalam memformulasikan strategi pemasaran serta promosi bagi mencapai matlamat sebagai universiti bertaraf antarabangsa.