PILIHAN RAYA NEGERI DEWAN UNDANGAN NEGERI KE-12 SARAWAK: ETIKA BERKEMPEN DALAM NORMA BAHARU SEMASA PANDEMIK COVID-19
Abstract
Pilihan raya Negeri Sarawak yang ke-12 yang telah berlangsung pada 18 Disember 2021 merupakan pilihan raya yang kedua menggunakan SOP (Standard Operation Procedure) berkempen ala norma baharu yang dikeluarkan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) setelah pilihan raya di Melaka. Dari 82 DUN yang dipertandingkan, 18 DUN telah disaran agar menggunakan platform kempen secara alam maya atau digital. Peralihan ke konsep alam maya atau digital semestinya merupakan cabaran baru kepada calon-calon yang bertanding untuk meraih undi di kawasan perrwakilan masing-masing. Kertas kerja ini bertujuan untuk membentang 18 DUN yang terlibat secara aktif dalam penggunaan platform alam maya sebagai taktik dan kaedah penyampaian untuk kempen di norma baharu Isu kepatuhan dengan SOP dan pemantauan dari pihak pilihan raya diperjelaskan. Kaedah penyelidikan adalah secara kualitatif berdasarkan tinjuan, pemerhatian dan analisis dokumen yang berkaitan sepanjang tempoh berkempen dijalankan selama 12 hari bermula 6 Disember 2021 sehingga 17 Disember 2021. Kempen secara alam maya ini merupakan salah satu strategi yang berkesan dan capaian maklumat yang meliputi segenap lapisan penghuni di kawasan perwakilan dan akan dijadikan rujukan pada pilihan raya yang akan datang.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nur Aida Kipli, Elizabeth Caroline Augustine, & Kuldip Singh. (2024). PILIHAN RAYA NEGERI DEWAN UNDANGAN NEGERI KE-12 SARAWAK: ETIKA BERKEMPEN DALAM NORMA BAHARU SEMASA PANDEMIK COVID-19. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2201
Issue
Section
Articles