ISU DAN CABARAN DANA WAKAF ILMU UITM CAWANGAN PERLIS

Authors

  • Noor Azura Zainuddin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia
  • Hasyeilla Abd Mutalib Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia
  • Rusnadewi Abdul Rashid Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia
  • Nor Kartini Mohd Rodzi Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia
  • Nadiyah Hashim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia

Abstract

Penubuhan dana wakaf di institusi pengajian tinggi semakin meningkat dibangunkan oleh kebanyakkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara. Fenomena penubuhan dana wakaf ini telah mencetuskan inovasi yang hebat dalam perkembangan wakaf di negara ini. Ia adalah selaras dengan pelancaran Garis Panduan UniTP Purple Book yang telah dikuatkuasakan penggunaannya pada Oktober 2016 oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi membangunkan pusat pengurusan wakaf masing-masing untuk menjana pendapatan. Sehubungan dengan itu, UiTM Cawangan Perlis juga mengambil inisiatif menubuhkan Dana Wakaf Ilmu UiTM Perlis (DWIPs). Justeru kajian ini mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh DWIPs dalam membantu penjanaan pendapatan institusi pengajian tinggi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan kajian kes di UiTM Cawangan Perlis. Catatan pengalaman penulis dan rakan-rakan penulis yang menerajui DWIPs dari awal penubuhan sehingga kini dianalisis dan dihuraikan secara diskriptif dan komparitif. Dapatan kajian mendapati terdapat empat isu dan cabaran iaitu kurang kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai wakaf, masalah birokrasi pengurusan, kurang sumber tenaga dalam pengurusan DWIPs serta halangan perundangan dan kewangan. Hasil dapatan kajian ini diharap mampu memperkenalkan DWiIPs dengan lebih meluas kepada warga UiTM dan mendapat perhatian oleh pihak pengurusan universiti. Sehubungan dengan itu, ianya juga dapat meningkatkan jumlah kutipan dana wakaf ilmu dan memberi manfaat kepada seluruh warga UiTM Cawangan Perlis.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Noor Azura Zainuddin, Hasyeilla Abd Mutalib, Rusnadewi Abdul Rashid, Nor Kartini Mohd Rodzi, & Nadiyah Hashim. (2024). ISU DAN CABARAN DANA WAKAF ILMU UITM CAWANGAN PERLIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2203