PENGIDENTIFIKASIAN KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM INTERAKSI SOSIAL BERASASKAN SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW

Authors

  • Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Mohd Anuar Ramli Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Che Zarrina Sa'ari Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Azah Anir Norman Jabatan Sistem Dan Pengurusan Maklumat, Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat, Universiti Ma
  • Mohd Anuar Mamat Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Muhammad Hazim Mohd Azhar Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Abstract

Kecanggihan teknologi telah menggalakkan penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat dan berpotensi menjadi medium utama penyaluran maklumat menggantikan media massa. Media sosial juga berperanan menghubungkan pengguna agar memudahkan mereka saling berinteraksi walaupun berada di kejauhan. Namun, sistem media sosial yang bebas dan luas turut membuka lembaran kefasadan penyalahgunaannya serta menyebabkan berlakunya masalah interaksi sosial di ruangan maya tersebut. Ini dibuktikan melalui penemuan banyak kajian mengenai salah laku interaksi sosial di media sosial. Makalah ini cuba mengenal pasti pola sejumlah kajian-kajian lepas mengenai salah laku interaksi sosial di media sosial dengan mengaplikasikan metode Systematic Literature Review (SLR). Metode ini digunakan untuk mengidentifikasi, mengkaji, mengevaluasi, dan menafsirkan semua kajian sedia ada dengan bidang topik fenomena salah laku interaksi sosial di media sosial. Melalui metode ini juga, dapat dilakukan proses identifikasi dan penilaian artikel secara sistematik dengan mengikut proses yang telah ditentukan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa isu utama masalah salah laku interaksi sosial di media sosial yang telah dijadikan topik kajian seperti buli siber, penipuan siber, penyebaran berita palsu dan pengantunan seksual. Manakala terdapat beberapa bentuk idea pencegahan masalah salah laku media sosial seperti pelaksanaan undang-undang, pendidikan serta penerapan nilai etika dan akhlak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman, Mohd Anuar Ramli, Che Zarrina Sa’ari, Azah Anir Norman, Mohd Anuar Mamat, & Muhammad Hazim Mohd Azhar. (2024). PENGIDENTIFIKASIAN KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM INTERAKSI SOSIAL BERASASKAN SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW . INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2204