KONSEP DAN SEJARAH PENUBUHAN HOSPITAL (DARÜŞŞIFA) DALAM KERAJAAN UTHMANIYYAH ABAD KE-15M DAN 16M

Authors

  • Siti Nur Adilah Awang Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Ermy Azziaty Rozali Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Roziah Sidik @ Mat Sidek Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Salah satu sumbangan besar dalam bidang perubatan Uthmaniyyah adalah penubuhan institusi hospital yang dinamakan sebagai darüşşifa. Secara dasarnya, hospital ini telah dibangunkan pada awal abad ke-15M bertujuan untuk mempromosikan kegiatan perubatan melalui pengamalan di institusi serta menawarkan khidmat kesihatan awam secara percuma. Penubuhan hospital ini juga telah mengembalikan semula tradisi kegemilangan hospital yang pernah dicapai dalam tamadun Islam pada era sebelumnya. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti konsep dan sejarah penubuhan hospital dalam kerajaan Uthmaniyyah dari abad ke-15M sehingga abad ke-16M. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan reka bentuk kajian sejarah berpandukan pelbagai sumber berautoriti dan seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis teks serta deduktif. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa hospital (darüşşifa) dalam kerajaan Uthmaniyyah merupakan sebuah institusi kebajikan yang menawarkan gabungan pendidikan kepada pelajar perubatan serta perkhidmatan perubatan secara percuma kepada masyarakat awam. Ia kebiasaannya dibina sama ada oleh pemerintah mahupun golongan istana di dalam binaan kompleks (kulliye) yang terletak di kota-kota utama seperti Bursa, Edirne, Istanbul dan Manisa. Hospital yang dibina mempunyai ciri-ciri yang unik antaranya menyediakan rawatan holistik merangkumi rawatan perubatan dan rohani, mempunyai fungsi dan kepakaran perubatan yang pelbagai, fasiliti yang lengkap serta persekitaran yang kondusif dan mesra alam. Dengan penubuhan hospital ini, kerajaan Uthmaniyyah bukan sahaja mampu memperkasakan bidang sains perubatan bahkan juga dapat memperluaskan akses terhadap kemudahan kesihatan dan pendidikan kepada seluruh masyarakat sehingga mampu mengecapi pembangunan mampan dalam negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Siti Nur Adilah Awang, Ermy Azziaty Rozali, & Roziah Sidik @ Mat Sidek. (2024). KONSEP DAN SEJARAH PENUBUHAN HOSPITAL (DARÜŞŞIFA) DALAM KERAJAAN UTHMANIYYAH ABAD KE-15M DAN 16M. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2211