GERAKAN ANTI-IBN SAUD DI HIJAZ: KEMUNCULAN, PERJUANGAN DAN KEJATUHAN HIJAZ LIBERATION PARTY, 1928-1936
Abstract
Kajian ini membincangkan gerakan anti-Ibn Saud di Hijaz melalui kemunculan, perjuangan dan kejatuhan Hijaz Liberation Party, 1927-1936. Pada tahun 1927, sebilangan tokoh terkenal Hijaz menubuhkan Hijaz Liberation Party (HLP). HLP ditubuhkan sebagai tindak balas terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Hijaz. Perkembangan tersebut menimbulkan persepsi negatif oleh sebilangan rakyat Hijaz yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan Ibn Saud yang bersifat autokratik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kajian perpustakaan dengan menganalisis sumber sekunder dan dokumen daripada arkib. Hasil kajian mendapati bahawa Hijaz Liberation Party bermatlamat untuk membebaskan Hijaz daripada pencerobohan dan penaklukan Ibn Saud yang merupakan orang luar dan bukan merupakan rakyat Hijaz. Anggota HLP tidak hanya bergiat aktif di Hijaz tetapi juga di Transjordan, Mesir, Eritrea, Palestin, Yaman, Iraq dan India. Namun begitu, perjuangan gerakan tersebut akhirnya mengalami kegagalan dan Ibn Saud berjaya menggugat perjuangan HLP sehingga membawa kepada pengharaman Hijaz Liberation Party pada tahun 1936. Walaupun tempoh penubuhan Hijaz Liberation Party tidak lama tetapi impaknya berjaya menarik sokongan pihak berkepentingan melalui kegiatan anti-Ibn Saud sehingga mengancam kedudukan Ibn Saud di Hijaz.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Rabiatul Adawiyah Abdullah, Abu Hanifah Haris, & Zulkanain Abdul Rahman. (2024). GERAKAN ANTI-IBN SAUD DI HIJAZ: KEMUNCULAN, PERJUANGAN DAN KEJATUHAN HIJAZ LIBERATION PARTY, 1928-1936. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2212
Issue
Section
Articles