ETIKA DAN PERATURAN MEDIA SOSIAL: KAJIAN SEKATAN FACEBOOK TERHADAP MEDIA DI MALAYSIA

Authors

  • Azahar Kasim Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, S
  • Awan Ismail Prof Madya di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Sintok
  • Chamil Wiraya Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI)

Abstract

Media sosial adalah satu terma merujuk kepada laman sesawang menggabungkan aplikasi bagi membolehkan pengguna mencipta, bertukar dan berkongsi kandungan dengan pengguna lain atas talian. Pengguna media sosial sering membayangkan media sosial merupakan satu platform yang selamat dan tertutup bagi mereka berkongsi kandungan yang berbentuk provokasi dan kontroversi tanpa menyedari kesan perkongsian itu. Bagaimanapun, kini Facebook melakukan penapisan terhadap posting oleh pengguna sebagai satu strategi pengawalan. Facebook mempunyai beberapa sekatan ke atas akses atau pengeposan dan pemindahan maklumat serta menggariskan hak dan tanggungjawab pengguna ke atas setiap posting yang dilakukan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat frasa-frasa yang disekat oleh Facebook terutama dalam soal penyaluran berita di samping memeriksa sama ada ketua pengarang dan pengarang dalam organisasi media mengetahui dan menyedari kehadiran peraturan itu. Kaedah kualitatif membabitkan temu bual pakar organisasi media digunakan sepenuhnya dalam kajian. Hasil kajian mendapati banyak peraturan Facebook digariskan untuk kesejahteraan komuniti setempat mahupun antarabangsa. Memang wujud frasa-frasa tertentu disekat oleh Facebook terhadap berita yang dikeluarkan oleh organisasi media walaupun berlaku kelonggaran berdasar penggunaan bahasa setempat. Selain itu, kumpulan pengarang memahami tanggungjawab mereka dalam penggunaan sosial media terutama Facebook.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Azahar Kasim, Awan Ismail, & Chamil Wiraya. (2024). ETIKA DAN PERATURAN MEDIA SOSIAL: KAJIAN SEKATAN FACEBOOK TERHADAP MEDIA DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2215