GEOPOLITIK WANITA DALAM POLITIK PILIHAN RAYA MALAYSIA

Authors

  • Junaidi Awang Besar Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu

Abstract

Peranan wanita dalam politik pilihan raya di seluruh dunia termasuk di Malaysia tidak dapat disangkalkan lagi. Mereka memainkan peranan yang penting dalam politik pilihan raya sama ada sebagai ahli jentera parti politik mahupun termasuk dalam senarai kepimpinan utama sesebuah negara bahkan dalam pertubuhan besar sedunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan sebagainya. Oleh itu, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk mengkaji geopolitik atau pengaruh atau peranan wanita dalam politik dengan menjadikan Malaysia sebagai kajian kes. Berdasarkan rujukan keputusan pilihan raya umum di Malaysia dan sumber sekunder iaitu artikel jurnal, buku akademik, kertas seminar dan laporan penyelidikan, dapatan kajian menunjukkan bahawa wanita sememangnya berperanan atau berpengaruh dalam menentukan geopolitik di Malaysia meskipun tidak dapat menguasai secara majoriti atau sepenuhnya dari segi penentuan calon dan pembuatan keputusan di negara ini. Wanita berperanan sebagai pengundi, perayu undi, jentera kempen, objek untuk meraih undi (kecantikan wajah dan kelembutan bersuara), ahli parti politik, penceramah parti politik, ahli strategi parti politik, penasihat kepada suami sebagai pemimpin, kepimpinan dalam parti politik, calon dalam pilihan raya, wakil rakyat dan sebagai pemimpin utama dalam kerajaan. Oleh itu peranan wanita dalam politik pilihan raya tidak boleh dikesampingkan kerana mereka dapat menentukan kemenangan parti politik dan keberkesanan serta kejayaan dalam sesuatu struktur politik seperti parti politik dan kerajaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Junaidi Awang Besar. (2024). GEOPOLITIK WANITA DALAM POLITIK PILIHAN RAYA MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2227