WANITA DAN JENAYAH DARI SUDUT PERSPEKTIF GENDER

Authors

  • Mohd Alif Jasni Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia, Sintok, 06010,

Abstract

Semenjak beberapa dekad yang lalu, telah berlakunya peningkatan banduan wanita yang masuk ke dalam sistem keadilan jenayah dengan sangat ketara. Namun demikian, secara realitinya penyelidikan empirikal dalam sistem keadilan jenayah lebih berfokuskan kepada banduan lelaki berbanding banduan wanita. Situasi ini membawa kepada kurangnya perbincangan dan perbahasan tentang banduan wanita dalam literatur atau sumber sekunder. Sehubungan dengan itu, kertas konsep ini bertujuan mengisi lompang tersebut dengan mengenal pasti faktor jenayah berdasarkan perspektif gender, kesan penglibatan wanita dalam jenayah dan keperluan kepada program pemulihan yang responsif dan sensitif kepada aspek gender. Dalam kertas konsep ini, sejumlah besar literatur telah didedikasikan untuk memahami penglibatan wanita di dalam jenayah dan implikasi tingkah laku tersebut. Kertas konsep ini diakhiri dengan cadangan iaitu memperkenalkan program yang bersifat responsif-gender dan sensitif-gender dalam membantu banduan wanita menjadi seorang yang produktif, patuh undang-undang dan dapat berintegrasi dengan komuniti semula.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohd Alif Jasni. (2024). WANITA DAN JENAYAH DARI SUDUT PERSPEKTIF GENDER. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2229