BULI SIBER: ANALISIS UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Authors

  • Ahmad Shamsul Abd Aziz School of Law, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Nor Azlina Mohd Noor School of Law, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Ani Munirah Mohamad School of Law and Centre for Testing, Measurement and Appraisal (CeTMA), Universiti Utara Malaysia,
  • Yusramizza Md Isa@Yusuff School of Law and Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Universiti Utara Malays
  • Huda Ibrahim School of Computing and Institute for Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO), Universiti U
  • Osman Ghazali School of Computing and Institute for Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO), Universiti U
  • Ahmad Nabhan Harraz Zulkifli M/s Sim & Rahman (Advocates & Solicitors), Setia Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Abstract

Perkembangan teknologi telah menjadikan komputer dan jaringan sosial sebahagian daripada kehidupan masyarakat. Walaupun perkembangan teknologi ini banyak memberikan kesan positif kepada pembangunan negara, teknologi juga telah menjadi suatu medium perlakuan buli alaf baru iaitu buli siber. Buli siber ini boleh didefinisikan sebagai penggunaan komunikasi berasaskan teknologi dengan niat untuk mengganggu orang lain daripada segi psikologi secara berulang-ulang yang boleh menjatuhkan imej dan peribadi mangsa buli. Perlakuan ini termasuklah kata-kata kejian, penyiaran maklumat peribadi tanpa kebenaran dan banyak lagi dan ia memberikan kesan negatif kepada mangsa. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan mangsa kehilangan jati diri tetapi boleh membawa kepada kejadian bunuh diri. Walaupun, berlaku peningkatan kes buli siber seperti yang dilaporkan oleh UNICEF dan IPSOS yang mana kes buli siber ini memberikan implikasi negatif yang besar, sehingga hari ini, tiada undang-undang khusus yang mengawal selia perlakuan buli siber di Malaysia. Oleh itu artikel ini ditulis dengan tujuan untuk menganalisis undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan buli siber di Malaysia. Kajian ini mengguna pakai pendekatan undang-undang doktrinal dalam bentuk kajian perpustakaan. Data diperoleh daripada analisis yang dibuat ke atas beberapa peruntukan undang-undang yang terdapat di Malaysia dan jurnal-jurnal yang berkaitan. Artikel ini merumuskan bahawa terdapat undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan perlakuan buli siber tetapi ia terkandung dalam pelbagai undang-undang. Dalam mengawal selia perlakuan buli siber yang semakin berleluasa ini, wujud satu keperluan yang mendesak untuk menggubal peruntukan khusus yang berkaitan dengan buli siber.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Ahmad Shamsul Abd Aziz, Nor Azlina Mohd Noor, Ani Munirah Mohamad, Yusramizza Md Isa@Yusuff, Huda Ibrahim, Osman Ghazali, & Ahmad Nabhan Harraz Zulkifli. (2024). BULI SIBER: ANALISIS UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2230