PAPAN PEMUKA (DASHBOARD) SEBAGAI ALTERNATIF VISUALISASI INTEGRITI STAF

Authors

  • Ani Munirah Mohamad School of Law and Centre for Testing, Measurement and Appraisal (CeTMA), Universiti Utara Malaysia,
  • Shazida Jan Mohd Khan School of Economics, Finance and Banking (SEFB) and Economic and Financial Policy Institute (ECoFI),
  • Izwan Nizal Mohd Shaharanee School of Quantitative Sciences, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Zakiyah Zain School of Quantitative Sciences, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • S. Kanageswari A/P Suppiah Shanmugam School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Sifat amanah, telus dan tanggungjawab kepada organisasi mencerminkan keperibadian berintegriti seseorang pegawai terhadap organisasi. Oleh yang demikian, integriti merupakan salah satu komponen yang dapat memacu perkembangan sesebuah organisasi untuk lebih maju dan cemerlang dalam bidang yang diinginkan. Pelbagai data boleh dinilai oleh pihak pengurusan untuk meneliti tahap integriti staf, namun agak sukar bagi pihak pengurusan untuk membaca semua data yang tidak berstruktur tersebut dan menganalisisnya tanpa kehilangan maklumat. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar satu teknik bersepadu analisis (analyticial integrated technique) untuk menilai tahap integriti bagi data berstruktur dan tidak berstruktur dibangunkan dalam bentuk papan pemuka (dashboard) bagi memudahkan pihak pengurusan meneliti data-data berhubung staf masing-masing. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji peranan dashboard sebagai alternatif visualisasi data integriti staf di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Objektif ini dapat dicapai melalui pembangunan kerangka sistem dashboard untuk integriti dan penghasilan laporan dan visualisasi dalam format dashboard mengikut staf. Hasil kajian ini adalah mengenalpasti peranan dashboard serta memaparkan laporan dan visualisasi dalam format dashboard mengikut staf untuk kegunaan organisasi tersebut. Potensi penggunaan sistem dashboard ini adalah amat luas, khususnya bagi organisasi yang mahukan kerangka sistem integriti bagi maklumat staf mereka, dan selanjutnya paparan laporan dan visualisasi yang menarik, menyeluruh bersesuaian dengan keperluan mereka dalam format dashboard.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Ani Munirah Mohamad, Shazida Jan Mohd Khan, Izwan Nizal Mohd Shaharanee, Zakiyah Zain, & S. Kanageswari A/P Suppiah Shanmugam. (2024). PAPAN PEMUKA (DASHBOARD) SEBAGAI ALTERNATIF VISUALISASI INTEGRITI STAF. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2231