PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) DALAM PILIHAN RAYA UMUM DAN PEMILIHAN PKR 2022: IMPAK DAN MASA HADAPAN DALAM GEOPOLITIK MALAYSIA

Authors

  • Junaidi Awang Besar Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu

Abstract

Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan parti politik berbilang kaum di Malaysia yang memperjuangkan keadilan sosial semua masyarakat namun mendokong Perlembagaan Malaysia. Parti ini ditubuhkan sempena pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Kerajaan dan UMNO untuk menuntut keadilan terhadap beliau dan rakyat yang teraniaya. Parti ini mengalami penjenamaan semula daripada Parti KeAdilan Nasional (PKN/KeADILan) kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hasil daripada penggabungan dengan sebahagian kepimpinan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Sejak Pilihan Raya Umum 1999 hingga 2018, parti ini menyertai pilihan raya dan mengalami pasang surut prestasinya. Parti ini juga mengadakan pemilihan dalaman kepimpinan yang menyaksikan penyertaan sebilangan besar ahli dalam pemilihan parti tersebut. Di akhirnya, kedua-dua pemilihan tersebut memberi impak terhadap geopolitik Malaysia dari semasa ke semasa. Oleh itu, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis prestasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya umum dan pemilihan PKR 2022 yang memberi impak dan masa hadapan terhadap geopolitik Malaysia. Berdasarkan rujukan sumber primer iaitu keputusan pilihan raya umum di Malaysia dan sumber sekunder iaitu artikel jurnal, buku akademik, kertas seminar dan laporan penyelidikan, dapatan kajian menunjukkan bahawa prestasi PKR dalam PRU 1999-2018 bersifat turun naik berdasarkan kepada isu semasa dan keyakinan pengundi terhadap kepimpinan PKR. Keputusan pemilihan dalaman PKR 2022 pula menunjukkan bahawa ahli PKR memilih pemimpin yang berpengalaman, kompeten dan teguh dalam pentadbiran sebagai kerajaan serta pemimpin yang beridealisme, berpandangan jauh, bervisi dan bebas dalam bertindak ketika berpolitik. Impaknya, geopolitik Malaysia masih stabil dengan sebarang perkara yang berlaku dalam PKR namun dengan imej sebagai sebuah parti berbilang kaum dan terus-menerus menghadapi konflik dalaman dan luaran maka ini akan mempengaruhi pengundi terutamanya pengundi Melayu terhadap sokongan kepada parti tersebut menuju PRU akan datang. Meskipun terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dilalui parti politik berbilang kaum ini namun masa hadapan parti ini masih cerah jika strategi memikat hati pengundi sesuai dengan keadaan semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Junaidi Awang Besar. (2024). PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) DALAM PILIHAN RAYA UMUM DAN PEMILIHAN PKR 2022: IMPAK DAN MASA HADAPAN DALAM GEOPOLITIK MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2234