MENELUSURI KONSEP PENYERTAAN AWAM DALAM KONTEKS URUS TADBIR DARI PERSPEKTIF PEMIMPIN BELIA
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep penyertaan awam dalam konteks urus tadbir menurut kefahaman dan amalan pemimpin belia. Kajian lepas dan statistik Indeks Belia Malaysia tahun 2016 menunjukkan berlaku penurunan pendaftaran keahlian dalam kebanyakan organisasi belia. Penurunan dalam pendaftaran keahlian memberi gambaran bahawa golongan muda semakin kurang berminat untuk terlibat dalam persatuan belia dan keadaan ini boleh dianggap sebagai situasi yang kritikal kepada masa depan negara. Oleh itu, kajian ini cuba menelusuri kefahaman konsep penyertaan belia dalam kalangan pemimpian belia. Kefahaman konsep asas ini penting kerana kefahaman yang betul akan membantu pemimpin belia untuk menarik ramai golongan muda untuk terlibat dalam pertubuhan belia dan seterusnya merancakkan proses urus tadbir melalui penyertaan awam yang matang dan berterusan. Seramai tujuh orang pemimpin tertinggi belia telah ditemubual. Data temubual telah dianalisis menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman mengenai konsep penyertaan awam dalam kalangan pemimpin tertinggi belia masih lagi rendah. Pemimpin belia memberikan takrifan yang umum dan pelbagai berkenaan tentang konsep penyertaan awam dan ini menyebabkan pelaksanaan penyertaan awam kurang ditekankan. Kajian ini dijangkakan dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan dalam pengurusan belia bagi merangka dan mereka bentuk aktiviti dan program yang bersesuaian dan mampu menarik minat belia untuk turut sama meningkatkan penyertaan awam.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Safiah Suhaimi, & Nor Azizah Zainal Abidin. (2024). MENELUSURI KONSEP PENYERTAAN AWAM DALAM KONTEKS URUS TADBIR DARI PERSPEKTIF PEMIMPIN BELIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2235
Issue
Section
Articles