PENGARUH GEOGRAFI DALAM PILIHAN RAYA KECIL (PRK) 2020 DI KAWASAN DUN CHINI, PEKAN, PAHANG

Authors

  • Junaidi Awang Besar Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu

Abstract

Pilihan Raya Kecil (PRK) 2020 Chini, Pahang merupakan PRK yang pertama diadakan dalam keadaan rebakan pandemik COVID-19 masih berlaku namun menuju pemulihan. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandang ADUN Chini iaitu Dato’ Sri Abu Bakar Harun pada 6 Mei 2020 kerana serangan jantung. Kawasan DUN Chini termasuk dalam Parlimen Pekan, Pahang yang merupakan kawasan yang diwakili bekas Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak iaitu antara kubu terkuat BN/UMNO di Malaysia. Kawasan ini berdemografikan majoriti pengundi Melayu yang dilingkungi kawasan luar bandar merangkumi kawasan skim FELDA, perkampungan tradisi Melayu dan perkampungan tradisi dan moden Orang Asli. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pengaruh geografi dalam PRK DUN Chini, Pahang 2020. Berdasarkan analisis data keputusan PRU DUN Chini 2022, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa kemenangan BN/UMNO dalam PRK tersebut semamangnya sudah dijangka dengan peratusan keluar mengundi tidak jauh berbeza antara PRU 2018 dengan PRK 2020. pengaruh geografi memberi sumbangan kepada kemenangan BN dari segi persepsi dan partisipasi politik pengundi luar bandar. Justeru, pilihan raya ini menunjukkan pola sokongan pengundi luar bandar masih sama yang berpaksikan kepada faktor politik pembangunan dan kepimpinan yang dikenali dan berpengalaman.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Junaidi Awang Besar. (2024). PENGARUH GEOGRAFI DALAM PILIHAN RAYA KECIL (PRK) 2020 DI KAWASAN DUN CHINI, PEKAN, PAHANG. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2236