PERANAN PARTI POLITIK DALAM MEMBINA KESEJAHTERAAN MASYARAKAT- SATU KAJIAN LITERATUR
Abstract
Pada 21 Ogos 2021, ahli parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan. Dengan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memperkenalkan konsep “Keluarga Malaysiaâ€. Pendekatan Keluarga Malaysia bertepatan dalam konteks kesejahteraan negara dan rakyat apabila ia menawarkan nilai murni dalam institusi kekeluargaan seperti hormat menghormati, berkasih sayang, keharmonian, pengertian dan pengorbanan. Jika dilihat kepada kepemimpinan atau kerajaan terdahulu, setiap pemimpin mempunyai slogan, seruan dan logo tersendiri. Tun Dr Mahathir Mohamad misalnya, menggagaskan Wawasan 2020, manakala Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep Islam Hadhari, Datuk Seri Najib Razak menggunakan 1Malaysia, Pakatan Harapan (PH) tampil dengan Malaysia Baharu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Malaysia Prihatin. Kajian ini bertujuan mengkaji peranan parti politik di Malaysia yang mewakili politik di negara ini, dari sudut pendekatan dalam mendepani cabaran masa kini serta cabarannya pada masa akan datang dalam membina masyarakat yang sejahtera. Kajian ini berbentuk analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat persamaan antara semua parti politik dari segi dasar yang berkaitan dengan usaha memajukan rakyat dan negara dalam membentuk masyarakat yang sejahtera. Walaupun masih menekankan aspek kebajikan dan janji menyediakan kerajaan bersih daripada amalan rasuah, cabaran besar parti politik di masa hadapan adalah dalam mendapatkan sokongan rakyat menyeluruh dan dapat menangani apa jua halangan dan cabaran. Hasil kajian juga memberi implikasi iaitu pemikiran politik yang dinamik dan matang dapat berkembang sejajar dengan pergerakan masa. Kemajuan dan kelemahan pengalaman politik negara boleh menjadi asas kepada pembangunan pemikiran politik keseluruhannya kearah mempertingkatkan peranan agama dalam pembinaan masyarakat yang sejahtera.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Siti Aisyah Mohamad Zin, Mohd Firdaus Md Zain, & Mohd Syariefudin Abdullah. (2024). PERANAN PARTI POLITIK DALAM MEMBINA KESEJAHTERAAN MASYARAKAT- SATU KAJIAN LITERATUR. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2245
Issue
Section
Articles