MEDIA BAHARU DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN – SATU PENDEKATAN BERASASKAN MODEL MEC

Authors

  • Nur Qurratul’ Aini Ismail Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan & Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Mala
  • Mohd Hilmi Hamzah Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia
  • Fauziah Ismail Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan & Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Mala
  • Siti Norayu Mohd Basir Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan & Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Mala

Abstract

Salah satu pentadbir kerajaan yang menggunakan teknologi terkini di bawah kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Di mana pihak Kementerian tersebut telah melancarkan satu sistem online yang akan diseliakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang dipanggil ePBT. Pelancaran ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan urusan pemprosesan PBT, melahirkan kerja yang lebih efisien, dan tidak membebankan pengguna atau pembayar cukai. Dalam konteks sistem kerajaan tempatan khususnya dalam proses membuat keputusan peranan ketigatiga pihak; orang awam (pembayar cukai), ahli majlis dan pegawai pihak berkuasa tempatan amat penting dihubungkan dalam bentuk sistem jaringan komunikasi yang membolehkan pelbagai isu dapat dilontarkan dan didengari, galakan penglibatan secara bersama serta akhirnya melibatkan sebarang transformasi perkhidmatan, jaringan perhubungan kerja serta lain-lain perubahan yang secara keseluruhannya didefinisikan menerusi model MEC. Penggunaan model ini berkait rapat dengan Jabatan Kerajaan Tempatan mempertingkatkan lagi usaha untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam menyediakan perkhidmatan E-Kerajaan. Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil tindakan proaktif untuk memaksimumkan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam penyampaian perkhidmatan awam khususnya bagi PBT. Ini bermakna Sistem e-PBT dipercayai akan menyaksikan pelaksanaan Kerajaan Elektronik yang lebih efisien, cepat, berkualiti, selamat dan mesra pelanggan serta mampu memberi impak tinggi kepada orang ramai berbanding model New Public Management (NPM) yang telah lama digunakan di dalam pentadbiran sektor awam di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nur Qurratul’ Aini Ismail, Mohd Hilmi Hamzah, Fauziah Ismail, & Siti Norayu Mohd Basir. (2024). MEDIA BAHARU DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN – SATU PENDEKATAN BERASASKAN MODEL MEC. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2246