PENGGUNAAN DRON OLEH PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG DALAM MENJALANKAN TUGAS HARIAN: ISU UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Authors

  • Wong Hua Siong Faculty of Law, Multimedia University, Melaka, Malaysia

Abstract

Penggunaan dron atau kenderaan udara tanpa pemandu oleh agensi penguatkuasaan undang-undang bermula lebih 10 tahun lalu ketika teknologi negara dalam bidang ini masih di peringkat awal. Kini, dron kian digunakan dalam penguatkuasaan undang-undang khususnya untuk tujuan pengawasan keselamatan negara dan juga boleh membantu mengurangkan masalah logistik diiktiraf secara meluas sebagai alat teknologi tambahan untuk meningkatkan keupayaan penguatkuasaan agensi terbabit. Namun demikian, sejauh manakah keberkesanan penggunaan dron membantu pegawai penguatkuasa di Malaysia? Oleh itu, kajian ini berfokus pada perbincangan isu undang-undang dalam penggunaan dron dalam membantu pengawai penguatkuasa serta proses pengecaman wajah suspek di Malaysia. Kajian ini melibatkan kajian perpustakaan. Hasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan dron sememangnya digunakan oleh pegawai penguatkuasa dalam tugas harian mereka malah orang awam juga dibenarkan menggunakan dron untuk aktiviti riadah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Namun demikian, isu undang-undang berkenaan penggunaan dron haruslah diteliti bagi mengelakan sebarang penyalahgunaan dron yang membawa mudarat kepada orang awam malahan keselamatan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Wong Hua Siong. (2024). PENGGUNAAN DRON OLEH PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG DALAM MENJALANKAN TUGAS HARIAN: ISU UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2247