DASAR BEKERJA DARI RUMAH (BDR) DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA: KAJIAN KES DI SABAH DAN SARAWAK
Abstract
Pada 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dalam usaha membendung pandemik Covid-19. Pandemik Covid-19 menjadi isu kesihatan global yang memberi impak besar terhadap perubahan cara hidup masyarakat. Hal ini telah menjurus kepada pengenalan polisi atau dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) yang mana pelaksanaan polisi ini telah memberi kesan kepada kesejahteraan keluarga di negara ini, khususnya di Sabah dan Sarawak. Namun tidak dapat diketahui secara khusus sejauhmanakah polisi ini telah menjadi penentu kepada kesejahteraan keluarga di Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu, kajian dilakukan bagi menilai impak pelaksanaan dasar BDR terhadap kesejahteraan keluarga di Sabah dan Sarawak dengan mengaplikasikan pendekatan mixed-method apabila data diperolehi menggunakan borang soal selidik, sumber sekunder dan temubual dengan kumpulan fokus. Dapatan kajian mengesahkan bahawa pelaksanaan dasar BDR telah memberi impak signifikan terhadap kesejahteraan keluarga di Sabah dan Sarawak. Ini bermakna dasar BDR merupakan antara faktor penting yang menentukan kesejahteraan keluarga. Oleh itu, penilaian lanjut berkaitan mekanisma terbaik pelaksanaan dasar BDR perlu dilakukan bagi memastikan pengenalan polisi serupa pada masa akan datang tidak mendatangkan impak negatif terhadap kesejahteraan keluarga.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Irma Wani Othman, & Abang Razif Abang Muis. (2024). DASAR BEKERJA DARI RUMAH (BDR) DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA: KAJIAN KES DI SABAH DAN SARAWAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2253
Issue
Section
Articles