PEMBINAAN JATI DIRI MUSLIM DALAM KEPIMPINAN POLITIK TUN SAKARAN DANDAI: SATU TINJAUAN

Authors

  • Mohd Nasrun Mohd Talib Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Azmin Pullong Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah (Kampus Tawau)

Abstract

Kepimpinan yang berkualiti merupakan komponen penting dalam memastikan kestabilan dalam proses pembinaan jati diri bagi mencapai hasil yang diinginkan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Tun Sakaran Dandai, adalah tokoh politik Sabah berpengaruh berasal dari daerah Semporna telah berjaya mengetegahkan ajaran Islam secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat melalui kepimpinan. Penglibatan Tun Sakaran dalam kepimpinan politik pada peringkat tertinggi nyata memberi impak dari sudut pembawaan syiar Islam sehingga beliau dikenali sebagai seorang tokoh bersifat tawaduk, rendah diri dan satu-satunya pemimpin politik Sabah yang mencorak politiknya berserta dengan kekuatan agama. Di dalam penulisan ini pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual bersama ahli politik, penduduk setempat yang rapat dan menganalisis dokumen melalui sumber bertulis seperti buku-buku, jurnal dan laporan bertulis. Melalui penulisan ini dapat dilihat bagaimana Tun Sakaran Dandai menerapkan nilai-nilai untuk membina jati diri muslim dalam kepimpinan yang disaluti dengan pendekatan syiar Islam. Skop utama dalam penulisan ini diteruskan dengan meninjau penjelasan tentang pendekatan dan kriteria-kriteria yang telah diaplikasikan oleh Tun Sakaran Dandai dalam membentuk jati diri muslim yang berjaya dalam kepimpinan. Justeru, hasil dapatan ini jelas membuktikan bahawa beliau merupakan contoh pemimpin politik yang berjaya membina jati diri muslim melalui kepimpinan dan perlu diteladani oleh pemimpin-pemimpin masyarakat yang ada pada masa kini. Hal ini dilihat amat bersesuaian dengan pengamalan kepada konsep Uswatun Hasanah yang sepatutnya diterapkan secara komprehensif dalam setiap aspek kehidupan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohd Nasrun Mohd Talib, Saifulazry Mokhtar, Mohd Sohaimi Esa, & Azmin Pullong. (2024). PEMBINAAN JATI DIRI MUSLIM DALAM KEPIMPINAN POLITIK TUN SAKARAN DANDAI: SATU TINJAUAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2258