PERSEPSI PELAJAR NON RESIDENT (NR) BERHUBUNG SEWAAN KEDIAMAN LUAR KAMPUS
Abstract
Kapasiti kolej kediaman di dalam kampus tidak dapat menampung jumlah keseluruhan pelajar; secara tidak langsung pelajar dikehendaki mencari kediaman untuk disewa di luar kampus. Taklimat berhubung sewaan rumah kepada pelajar Non Resident (NR) UiTM Cawangan Perak telah diadakan bertujuan mendedahkan para pelajar tentang konsep asas undang-undang kontrak, tanggungjawab penyewa dan tuan rumah serta kesan perlanggaran syarat di dalam perjanjian sewaan. Taklimat yang dilaksanakan melalui mod secara dalam talian menggunakan platform google meet dan webex selama dua jam telah mendapat respon yang positif daripada pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk memperhalusi dan membincangkan persepsi pelajar Non Resident (NR) UiTM Cawangan Perak, terhadap sewaan kediaman; iaitu bilik atau rumah sewa. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian kepustakaan dan deskriptif. Maklumat dan data bagi kajian ini diperolehi melalui Borang Google (Google Forms) berikutan taklimat diberikan secara dalam talian. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar lebih memahami hak mereka sebagai penyewa; perjanjian sewaan dan kesan perundangan setelah taklimat disampaikan. Selain itu dapatan kajian juga mendapati taklimat berhubung sewaan kediaman di luar kampus telah dicadangkan oleh responden agar dilaksanakan pada masa hadapan sebagai peringatan serta pencerahan para pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Farihana Abdul Razak, Mohd Azian Zaidi, & Iza Faradiba Mohd Patel. (2024). PERSEPSI PELAJAR NON RESIDENT (NR) BERHUBUNG SEWAAN KEDIAMAN LUAR KAMPUS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(30). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2261
Issue
Section
Articles