PENAMBAHBAIKAN KUALITI PENGASUHAN DI RUMAH DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG
Abstract
Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti adalah penting dalam memastikan kanak-kanak itu dijaga dengan baik bukan sahaja dari segi kesihatan dan keselamatan mereka, malah dalam perkembangan mental dan intelektual mereka. Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak tidak seharusnya dianggap sebagai menyediakan tugas penjagaan semata-mata, sebaliknya ia merupakan peringkat awal untuk mendidik kanak-kanak. Mengikut amalan di Malaysia, pusat asuhan kanak-kanak di rumah yang mengasuh kanak-kanak kurang daripada empat orang tidak perlu mendaftar dengan pihak berkuasa dan tidak dipantau oleh mana-mana undang-undang atau peraturan. Isu pengasuh di rumah yang tidak dikawal oleh undang-undang yang khusus perlu diketengahkan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di Malaysia melalui usaha perundangan. Justeru, tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji keperluan undang-undang untuk mengawal selia pusat jagaan kanak-kanak di rumah. Sorotan insiden dan kes- kes yang melibatkan taman asuhan di rumah dianalisis untuk melihat sejauh mana keselamatan kanak-kanak terdedah kepada risiko bahaya akibat daripada ketiadaan undang-undang khusus untuk menyelia pengasuh di rumah. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian doktrin dalam bentuk pengumpulan data berasaskan analisis dokumen dan ulasan kes. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat keperluan untuk merangka suatu undang-undang khusus untuk mengawal selia pengasuh di rumah bagi menjamin kebajikan dan keselamatan kanak-kanak.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mashitah Abdul Mutalib, Abidah Abdul Ghafar, Intan Nadia Ghulam Khan, Rahimah Saimin, Nik Salida Suhaila Nik Saleh, & Siti Aishah Zulkiflee. (2024). PENAMBAHBAIKAN KUALITI PENGASUHAN DI RUMAH DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(30). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2263
Issue
Section
Articles