PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PERANAN PENOLONG AMIL DAN PEMBANGUNAN PELAN KOMUNIKASI STRATEGIK IPZ

Authors

  • Jamilah Jamal Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
  • Nuredayu Omar Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
  • Che Su Mustaffa Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
  • Mohd Baharudin Hadza@Othman Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

Abstract

Isu berkaitan pengurusan zakat semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak terutamanya institusi pengurusan zakat dan juga para sarjana dalam pelbagai disiplin ilmu yang berkaitan. Antara aspek pengurusan zakat yang masih kurang diberi tumpuan adalah kepentingan dan keberkesanan peranan penolong amil dalam proses kutipan dan agihan zakat. Wujudnya jurang pengetahuan terhadap kepentingan dan keberkesanan peranan amil telah menyebabkan masyarakat kurang menyedari dan memahami ruang lingkup tugas dan tanggungjawab penolong amil. Situasi ini sedikit sebanyak telah menyebabkan kekeliruan dan salah faham yang boleh menjejaskan persepsi masyarakat khususnya bakal pembayar zakat terhadap institusi pengurusan zakat, dan penolong amil khasnya. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini ini bertujuan untuk mengenalpasti isu dan permasalahan yang dihadapi oleh penolong amil dan kesannya terhadap persepsi masyarakat. Hasil kajian ini akan dijadikan landasan bagi merangka pelan komunikasi strategik untuk membentuk persepsi masyarakat terhadap kepentingan peranan penolong amil. Berdasarkan analisis SWOT mendapati kepentingan dan keberkesanan peranan penolong amil dipengaruhi oleh tujuh isu yang menjadi permasalahan utama. Hasil dapatan kajian turut menunjukkan wujudnya keperluan untuk merangka inisiatif komunikasi strategik bagi membentuk persepsi yang positif di kalangan masyarakat terhadap peranan penolong amil. Implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Jamilah Jamal, Nuredayu Omar, Che Su Mustaffa, & Mohd Baharudin Hadza@Othman. (2024). PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PERANAN PENOLONG AMIL DAN PEMBANGUNAN PELAN KOMUNIKASI STRATEGIK IPZ. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(30). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2277