PERIKLANAN PRODUK TEMPATAN DI FACEBOOK: KAJIAN KES PRODUK SOBELLA
Abstract
Facebook ialah sebuah tapak rangkaian media sosial yang diperkenalkan oleh seorang pelajar di Universiti Harvard pada tahun 2004 iaitu Mark Zuckerberg. Pada tahun 2020, Facebook masih lagi berada pada kedudukan senarai teratas rangkaian media sosial yang paling popular di Malaysia iaitu 91.7% daripada keseluruhan pengguna Internet di Malaysia. Facebook sebenarnya mengalami penurunan pengguna dari tahun 2018. Walaupun mengalami sedikit penurunan pengguna Internet terhadap Facebook dari tahun-tahun sebelumnya, Facebook masih dilihat sebagai satu platform media sosial yang aktif di Malaysia. Facebook adalah media sosial yang terbaik untuk menghubungkan rakan dan kenalan tidak kira kenalan lama ataupun baharu. Selain itu juga Facebook dapat menyampaikan jangkauan kawasan yang luas dan kekerapan penghantaran mesej yang tinggi terhadap segmen sasaran pada kos yang rendah. Disebabkan ciri-ciri inilah yang menyebabkan pengiklan mengembangkan jaringan sosialnya dan juga menjadi paltform pilihan untuk memasarkan dan menyampaikan mesej mengenai produk mereka. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai kajian yang dijalankan terhadap pengiklanan produk Sobella Cosmetics di Facebook dengan melihat dari segi pencarian maklumat, hiburan, interaksi sosial dan kesedaran jenama. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif iaitu dengan cara mengedarkan borang soal selidik secara atas talian kepada responden dalam kalangan pengguna produk Sobella untuk mendapatkan maklumat. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju terhadap iklan Sobella di Facebook dapat memberikan maklumat yang membantu mereka, selain mempunyai ciri-ciri hiburan, membolehkan mereka bersosial dan berinteraksi sesama mereka serta pengasas Sobella dan juga meningkatkan kesedaran mereka terhadap jenama Sobella.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Zauridah Abdul Hamid, & Nursyamim Arina Mohammad Suhaimi. (2024). PERIKLANAN PRODUK TEMPATAN DI FACEBOOK: KAJIAN KES PRODUK SOBELLA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(30). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2279
Issue
Section
Articles