KOMUNIKASI STRATEGIK PUSAT ALUMNI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA: STRATEGI KE ARAH HUBUNGAN TERHADAP KESETIAAN ALUMNI

Authors

  • Zuraidah Abu Talib Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia
  • Che Su Mustaffa Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia
  • Syamsyul Anuar Ismail Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Kebanyakan kajian alumni dikaji berlatarbelakangkan teoretikal yang melibatkan strategi mikro ekonomi, literatur sumbangan kebajikan, pengurusan, hubungan pemasaran, perkhidmatan pemasaran, pendidikan sains, dan pendekatan integratif. Kajian dalam bidang strategi komunikasi dalam menentukan kesetiaan alumni yang secara langsung terkait dengan bidang dan teorikal komunikasi amat terhad. Bahkan tiada bukti empirikal dari sudut pandang komunikasi strategik yang membuktikan hubungan antara usaha pihak universiti dengan sumbangan alumni kepada universiti. Terdapat juga beberapa kajian yang telah mencadangkan penerapan pengurusan hubungan pelanggan di Universiti. Melalui pengurusan hubungan pelanggan analisis mengenai keperluan komunikasi antara universiti dan para pelajar serta alumni dapat dikenal pasti. Oleh yang demikian kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menghuraikan strategi komunikasi yang dilakukan oleh pihak Universiti melalui Pusat Alumni untuk menjalin hubungan baik dengan para alumni. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual. Sesi temu bual diadakan bersama Pengarah Pusat Alumni, enam orang mantan Pengarah, dan seorang pegawai tadbir yang telah berkhidmat dengan Pusat Alumni beberapa tahun sejak penubuhan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai strategi yang telah dijalankan oleh Pusat Alumni UUM yang boleh dikaitkan dengan strategi komunikasi. Antaranya termasuklah strategi saluran, strategi mesej, strategi penjenamaan, strategi kolaborasi, dan strategi pemasaran sosial. Hasil kajian ini menyumbang kepada komunikasi strategik memandangkan sorotan literatur kajian alumni kebanyakannya dipelopori oleh bidang pengurusan pemasaran, ekonomi, dan sains pendidikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Zuraidah Abu Talib, Che Su Mustaffa, & Syamsyul Anuar Ismail. (2024). KOMUNIKASI STRATEGIK PUSAT ALUMNI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA: STRATEGI KE ARAH HUBUNGAN TERHADAP KESETIAAN ALUMNI . INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(30). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2283