PENDEKATAN RAHMAH DALAM KEPIMPINAN POLITIK TUN SAKARAN DANDAI

Authors

  • Mohd Nasrun Mohd Talib Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohd Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Jelani Hamdan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Rahmah merupakan satu pendekatan yang merujuk kepada makna kasih sayang dan bersifat ihsan yang diterjemah dalam kehidupan. Dalam konteks kepimpinan yang baik, penerapan rahmah satu elemen penting bagi mencapai hasil yang diinginkan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Tun Sakaran Dandai merupakan tokoh politik Sabah berpengaruh berasal dari daerah Semporna telah berjaya mengetengahkan ajaran Islam secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat melalui kepimpinan. Penglibatan Tun Sakaran dalam kepimpinan politik pada peringkat tertinggi nyata memberi impak dari sudut pembawaan syiar Islam sehingga beliau dikenali sebagai seorang tokoh bersifat tawaduk, rendah diri dan satu-satunya pemimpin politik Sabah yang mencorak politiknya berserta dengan kekuatan agama. Di dalam penulisan ini pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual bersama ahli politik, penduduk setempat yang rapat dan menganalisis dokumen melalui sumber bertulis seperti buku-buku, jurnal dan laporan bertulis. Melalui penulisan ini dapat dilihat bagaimana Tun Sakaran Dandai mengaplikasikan pendekatan rahmah dalam berpolitik.. Skop utama dalam penulisan ini diteruskan dengan meninjau penjelasan tentang pendekatan dan kriteria-kriteria yang telah diaplikasikan oleh Tun Sakaran Dandai dalam memanifestasikan rahmah sebagai wadah dalam perjuangan politik di samping mengangkat syiar agama. Justeru, hasil dapatan ini jelas membuktikan bahawa beliau merupakan contoh pemimpin politik yang berhasil menunjukkan kewibawaan berpolitik disaluti dengan pendekatan rahmah dan perlu diteladani oleh pemimpin-pemimpin masyarakat yang ada pada masa kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohd Nasrun Mohd Talib, Saifulazry Mokhtar, Mohd Sohaimi Esa, & Jelani Hamdan. (2024). PENDEKATAN RAHMAH DALAM KEPIMPINAN POLITIK TUN SAKARAN DANDAI. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2286