UNSUR POLITIK DAN PENTADBIRAN DALAM PESTA ‘MAGAHAU’ ETNIK MOMOGUN RUNGUS DI SABAH, MALAYSIA

Authors

  • Jelani Hamdan Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Romzi Ationg Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohd Sohaimi Esa Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Irma Wani Othman Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Saifulazry Mokhtar Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Magahau merupakan perayaan terbesar etnik Momogun Rungus di Sabah dan dirayakan setiap tahun atau selang beberapa tahun. Perayaan ini mula dirayakan secara besar-besaran pada 2009 sebagai lanjutan daripada Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong (2009), anjuran Mahkamah Anak Negeri Daerah Kecil Matunggong yang menetapkan supaya perayaan tersebut diadakan setiap tahun atau selang beberapa tahun. Konvensyen yang dihadiri oleh pengamal Undang-undang Adat Rungus dari seluruh Daerah Kudat, Daerah Kecil Matunggong, Daerah Kota Marudu dan Daerah Pitas iaitu daerah-daerah yang mempunyai penduduk Rungus yang ramai menyedari bahawa pada masa dahulu, lazimnya Magahau dirayakan oleh beberapa kampung atau sekurang-kurangnya satu kampung atau beberapa keluarga. Ini menyebabkan perwakilan memutuskan bahawa Magahau adalah perayaan yang dianggap besar oleh etnik Momogun Rungus. Sebagai perayaan besar Magahau turut dianggap sebagai suatu perayaan yang menonjolkan unsur polutik dan pentadbiran yang tidak disedari oleh pelbagai pihak. Sehubungan itu, berdasarkan penggunaan kaedah kualitatif bagi pungutan maklumat berkaitan maka kertas kerja ini mengetengahkan perbincangan tentang unsur politik dan pentadbiran dalam pesta Magahau yang diadakan saban tahun oleh etnik Momogun Rungus di Sabah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Jelani Hamdan, Romzi Ationg, Mohd Sohaimi Esa, Irma Wani Othman, & Saifulazry Mokhtar. (2024). UNSUR POLITIK DAN PENTADBIRAN DALAM PESTA ‘MAGAHAU’ ETNIK MOMOGUN RUNGUS DI SABAH, MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2287