PRN SABAH 2020: TINJAUAN TERHADAP SENTIMEN PEMBANGUNAN

Authors

  • Mohd Azri Ibrahim Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohd Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Romzi Ationg Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

PRN Sabah Ke-16 berlangsung setelah DUN Sabah dibubarkan pada 30 Julai 2020 dan hari pengundian ditetapkan oleh SPR pada 26 September 2020 dengan sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan. Secara umumnya sidang panel penyelidik GeOPES akan menganalisis dapatan kajian yang telah dijalankan sebelum, sewaktu dan selepas PRN Sabah Ke-16. Tidak dapat dinafikan, PRN Sabah ke-16 telah memperlihatkan dinamika politik dan pilihanraya di Sabah yang menarik untuk dikaji dan ditelurusi; terutamanya dari aspek pembangunan politik, hubungan pusat-negeri, media dan komunikasi politik, serta sentimen primodial. Disamping itu juga, isu-isu pilihan raya juga menarik dan mendapat tumpuan oleh parti politik atau calon dalam PRN Sabah kali ini seperti isu pembangunan, isu hak Sabah, isu sara hidup/kemiskinan, isu-isu tempatan serta isu-isu nasional sebagai modal bagi meraih sokongan pengundi. Dalam konteks media dan pilihanraya pula sebagai contoh, medium yang digunakan untuk menyampaikan bahan kempen, mengutarakan isu-isu kepada pengundi dan mempromosikan menifesto pada kelazimanya adalah menerusi media massa (elektronik dan cetak), media siber, ceramah dan poster. Secara umumnya objektif sidang panel ini adalah untuk menganalisis dinamika politik yang mewarnai PRN Sabah 2020, di samping melihat pengaruh atau sentimen terhadap isu-isu pilihanraya tersebut. Metod penyelidikan yang dijalankan oleh GeOPES adalah dengan menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Data yang dicerap dan dianalisis melalui gabungan dua (2) kaedah tersebut secara saintifik dapat membantu kita untuk memahami sifat dan bentuk dinamika politik Sabah dalam lingkungan politik Malaysia yang lebih menyeluruh. Justeru, dapatan kajian PRN Sabah 2020 oleh GeOPES dapat samada secara simbiosis atau antogonis, memahami pembangunan politik Malaysia menjelang PRN Sarawak dan juga PRU 15 nanti.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohd Azri Ibrahim, Mohd Sohaimi Esa, Saifulazry Mokhtar, & Romzi Ationg. (2024). PRN SABAH 2020: TINJAUAN TERHADAP SENTIMEN PEMBANGUNAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2288