DIAGNOSIS PENGERTIAN ETIKA DAN PERADABAN: SUATU SOROTAN
Abstract
Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP) telah diperkenalkan sebagai salah satu Mata Pelajaran Umum (MPU) oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia sebagai ganti kepada kursus Hubungan Etnik. Kursus PEP mempunyai kandungan kurikulum yang bersifat komprehensif dengan meliputi sembilan topik, serta ia diikat dengan elemen penghayatan etika dan peradaban. Justeru, objektif utama kertas kerja ini memberi tumpuan kepada topik 1, iaitu ‘Penghayatan Etika dan Peradaban dalam Acuan Malaysia’ dengan memfokuskan kepada pengertian dan konsep etika dan peradaban. Pengertian dan konsep tersebut perlu dijelaskan kerana menjadi nadi terpenting dalam memahami keseluruhan kursus ini. Konsep etika dan peradaban perlu dilihat bukan sekadar kepada pengertian sahaja, tetapi perlu dihuraikan dari pelbagai perspektif yang sesuai dengan matlamat ingin dicapai daripada kursus PEP. Oleh kerana penulisan ini bersifat kertas kerja konsep (concept paper), maka kaedah penulisannya bersifat kualitiatif dengan berasaskan kajian perpustakaan. Kajian ini mengutilasikan sumber sekunder seperti hasil penyelidikan dalam jurnal, penulisan sarjana dan sumber sejarah. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa konsep etika dan peradaban bagi kursus PEP perlu dilihat dalam konteks peradaban Alam Melayu dan anak watan. Pengetahuan sejarah negara juga diperlukan untuk memahami konsep tersebut, serta ia boleh membantu pelajar untuk mendalami kandungan kurikulum kursus PEP dengan lebih baik lagi.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mohd Sohaimi Esa, Irma Wani Othman, Saifulazry Mokhtar, Romzi Ationg, & Mohd Azri Ibrahim. (2024). DIAGNOSIS PENGERTIAN ETIKA DAN PERADABAN: SUATU SOROTAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2290
Issue
Section
Articles