E-DAGANG: KONTRAK DAN TRANSAKSI
Abstract
Dengan kemunculan era globalisasi, semakin ramai masyarakat termasuk rakyat Malaysia menggunakan platform yang tersedia bagi transaksi jualan secara dalam talian yang dikenali sebagai e-dagang. E-dagang tidak memerlukan penjualan dan pembelian dilaksanakan secara bersemuka, malah hanya menggunakan jaringan internet sebagai penghubung antara pihak-pihak yang membuat perjanjian jual beli. Peningkatan pasaran urus niaga dalam talian dapat dikaitkan dengan peningkatan jumlah pengguna rangkaian internet yang kian meningkat saban hari. Objektif kajian ini adalah untuk memperhalusi dan membincangkan e-dagang bagi perspektif kontrak dan transaksi jualan dan belian barangan secara dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian kepustakaan dan deskriptif iaitu dengan meneliti sorotan kajian lepas untuk dibincangkan berkenaan dengan e-dagang termasuk perkara yang berkaitan e-kontrak dan transaksi e-dagang tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa pengenalan e-dagang telah mengalami evolusi dan membawa kepada penggunaan e-kontrak secara meluas. Oleh itu, kontrak secara dalam talian atau e-kontrak ini adalah sah di sisi undang-undang selagi ianya tidak bercanggahan dengan undang-undang sedia ada.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nurul Izzati Md Rashid, & Farihana Abdul Razak. (2024). E-DAGANG: KONTRAK DAN TRANSAKSI. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2292
Issue
Section
Articles