PRU-15: TIADANYA PARTI POLITIK YANG MENANG MAJORITI MUDAH 112 KERUSI PARLIMEN UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
Abstract
Tahun 2022 merupakan tahun penting bagi politik demokrasi di Malaysia. Ini kerana, satu Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan bagi memilih wakil rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih kukuh dan stabil setelah negara ini mengalami pergolakan politik dengan pelantikan tiga orang Perdana Menteri sehinggakan pelabur asing keliru dengan kedudukan politik Malaysia tersebut. Setelah PRU diadakan, politik Malaysia masih buntu kerana tiada gabungan parti politik secara tunggal memenangi PRU tersebut dengan majoriti mudah iaitu 112 kerusi Parlimen justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis keputusan tersebut iaitu buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia bahawa tiadanya parti politik secara tunggal memenangi PRU tersebut sepertimana 14 PRU sebelum ini. Berdasarkan analisis data keputusan PRU 2022, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi, Perikatan Nasional (PN) mendapat 74 kerusi, Barisan Nasional (BN) 30 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) 23 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 6 kerusi, Parti Warisan Sabah (WARISAN) 3 kerusi, Parti Bangsa Malaysia (PBM) 1 kerusi, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) 1 kerusi dan Bebas 2 kerusi. Keputusan PRU ini menunjukkan tiadanya satu parti tunggal berjaya mendapat majoriti mudah 112 kerusi untuk menguasai Parlimen dan Kerajaan Persekutuan. Keputusan ini disebabkan kegagalan BN untuk memenangi majoriti mudah akibat peralihan besar undi Melayu kepada PN. Peralihan besar undi ini berfaktorkan kepada kesedaran pengundi Melayu untuk memilih parti politik dan pemimpin yang bersih dan dapat diharapkan memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam. Hasil kebijaksanaan titah serta nasihat Baginda Yang Dipertuan Agong maka terbentuklah Kerajaan Perpaduan daripada 148 ahli Parlimen iaitu majoriti 2/3 daripada 222 ahli Parlimen Malaysia yang terdiri daripada PH, BN, GPS, GRS, WARISAN, KDM, PBM dan 2 orang ahli Parlimen Bebas. PN (74 ahli Parlimen) tidak menyertai Kerajaan Perpaduan dan bertindak menjadi pembangkang. Dengan itu juga, Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada PH telah dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10. Oleh itu, parti politik di negara ini tiada pilihan yang terbaik selagi memerlukan undi Melayu-Islam untuk menguasai kerusi Parlimen sebanyak mungkin dan dapat membentuk Kerajaan yang kuat dan stabil.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Junaidi Awang Besar. (2024). PRU-15: TIADANYA PARTI POLITIK YANG MENANG MAJORITI MUDAH 112 KERUSI PARLIMEN UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2293
Issue
Section
Articles