PERANAN PERKHIDMATAN AWAM DI SABAH TERHADAP PEMBANGUNAN PENTADBIRAN SEBELUM TAHUN 1963

Authors

  • Sharifah Darmia Sharif Adam Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohd Syafiq Zaini Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohammad Wazir Shafie Aliasah Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Perkhidmatan awam di Sabah telah wujud sejak zaman penjajahan kuasa asing. Ketika itu, perkhidmatan awam ditubuhkan dengan tujuan untuk melancarkan segala urusan pentadbiran pihak penjajah khususnya dalam pengeksploitasian sumber-sumber asli demi untuk kepentingan ekonomi mereka. Sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1963, Sabah telah mengalami beberapa kali peralihan kuasa pentadbiran yang memberikan cabaran terhadap pentadbiran di Sabah. Namun, dalam tempoh tersebut perkhidmatan awam dilihat telah berperanan penting dalam memastikan segala urusan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan lancar. Namun, terdapat isu seperti kurangnya penglibatan bumiputera tempatan yang berkhidmat dalam pentadbiran Sabah kerana kebanyakan jawatan-jawatan diisi oleh pegawai-pegawai berketurunan British. Oleh itu, perbincangan artikel ini akan meninjau sejauh manakah peranan perkhidmatan awam di Sabah terhadap pembangunan pentadbiran di negeri tersebut sebelum tahun 1963. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif iaitu analisis dokumen yang terdapat di Arkib Negara Malaysia serta kajian perpustakaan dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder seperti Fail Pejabat Tanah Jajahan, buku dan artikel untuk memperoleh sumber maklumat data kajian. Kajian ini menghasilkan satu analisis yang dapat memberi kefahaman yang lebih jelas tentang peranan perkhidmatan awam di Sabah sebelum tahun 1963. Pengenalpastian peranan perkhidmatan awam akan membolehkan perancangan strategi dan polisi kerajaan yang dapat mengukuhkan lagi perkhidmatan awam di Sabah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Sharifah Darmia Sharif Adam, Saifulazry Mokhtar, Irma Wani Othman, Mohd Syafiq Zaini, & Mohammad Wazir Shafie Aliasah. (2024). PERANAN PERKHIDMATAN AWAM DI SABAH TERHADAP PEMBANGUNAN PENTADBIRAN SEBELUM TAHUN 1963. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2296