KUATKUASA KAWALAN HARGA BARANG DAN RANTAIAN BEKALAN DALAM KERANGKA PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Authors

  • Alias Azhar
  • Nazli Binti Mahdzir
  • Nor Anita binti Abdullah
  • Yusramizza Binti Md Isa @ Yusuff
  • Fathiyyah Binti Abu Bakar

Keywords:

Kawalan Harga, Pencatutan, Monopoli, Tribunal, Pengguna, Bekalan

Abstract

Isu-isu pengguna yang tertindas akibat dari kenaikan harga barangan asas sering kedengaran walaupun kuatkuasa sering dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat. Pengguna tidak mempunyai pilihan sehingga terpaksa membeli biarpun dengan harga yang lebih tinggi dari yang sepatutnya. Walaupun undang-undang perlindungan pengguna diasaskan untuk menjadikan pengguna sebagai kuasa pasaran, namun, hakikatnya pasaran tempatan masih didominasi oleh penjual dan pembekal. Justeru itu , undang-undang sebagai makanisme utama untuk melindungi pengguna haruslah efektif dan boleh dilaksanakan secara seragam oleh semua pihak yang terlibat. Kajian menggunakan kaedah kajian perundangan sosial yang menggabungkan metod perpustakaan dan deskriptif fokus kepada analisis kandungan akta-akta berkaitan kawalan harga menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang menggantikan Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Persaingan 2010 yang berkait rapat isu monopoli merujuk khusus sistem rantaian bekalan barang makanan yang memberi kesan langsung kepada kenaikan harga barang. Kajian bertujuan mengkaji dan menilai peruntukan perundangan kawalan harga dan rantaian bekalan. Satu keperluan diwujudkan satu kerangka perundangan yang seragam untuk digunapakai oleh semua pihak yang terlibat dalam membendung kenaikan harga barang secara tidak munasabah dan monopoli bekalan barangan. Selain menjamin keberkesanan proses penguatkuasaan pemantauan harga barang dan rantaian bekalan di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-11-2023

How to Cite

Alias Azhar, Nazli Binti Mahdzir, Nor Anita binti Abdullah, Yusramizza Binti Md Isa @ Yusuff, & Fathiyyah Binti Abu Bakar. (2023). KUATKUASA KAWALAN HARGA BARANG DAN RANTAIAN BEKALAN DALAM KERANGKA PERUNDANGAN DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 2(4). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/23