″PERUNDINGAN DAN PERSEFAHAMAN″: KOMPROMI KAUM SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Abstract
Makalah ini membincangkan mengenai usaha perundingan dan persefahaman yang dilakukan oleh Raja-raja Melayu, pentadbiran British serta orang Cina dalam mengembalikan semula keharmonian kaum selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Dasar campur tangan British secara rasmi di Tanah Melayu pada tahun 1874, pendudukan Jepun dan kezaliman komunis mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik serta diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan kaum. Artikel ini akan memberikan gambaran sepintas lalu terhadap pentadbiran British, pendudukan Jepun dan komunis. Perbincangan juga difokuskan terhadap proses perundingan dan persefahaman yang dilakukan berikutan meletusnya pergaduhan kaum selepas pendudukan Jepun. Pelbagai usaha dilaksanakan oleh Sultan, Raja-raja Melayu dan golongan intelegensia bagi memulihkan hubungan kaum. Jawatankuasa Perhubungan Kaum, yang dibentuk turut berperanan penting meredakan api permusuhan di antara orang Melayu dan Cina serta mengembalikan keharmonian. Perbincangan dalam artikel ini bersandarkan kepada kaedah penyelidikan kepustakaan melibatkan rekod-rekod Pejabat Kolonial British, fail arkib dan sumber sekunder. Hasil penelitian mendapati bahawa kompromi kaum yang dilakukan berjaya memulihkan kembali keharmonian kaum di Tanah Melayu pasca Perang Dunia Kedua. Usaha ini juga signifikan sebagai perintis ke arah kemerdekaan negara.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mohamed Ali Haniffa, Ayu Nor Azilah Mohamad, & Hafizah Hajimia. (2024). ″PERUNDINGAN DAN PERSEFAHAMAN″: KOMPROMI KAUM SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2300
Issue
Section
Articles