HUBUNGAN BERAT SEBELAH JAMES BROOKE TERHADAP BRUNEI ABAD KE 19 MELALUI MANUSKRIP BRUNEI
Abstract
Pemerintahan Brunei memang dikenali sebagai kuasa yang besar setelah Majapahit memberi kedaulatan kepada Brunei untuk menguasai wilayah Kepulauan Brunei dan sekitarnya termasuk wilayah selatan Filipina (Sulu) semenjak abad ke 16. Namun demikian, kuasa Eropah mula masuk ke wilayah Nusantara dengan alasan yang kukuh iaitu menguasai wilayah perdagangan yang kaya dengan bahan mentah. Tidak terlepas wilayah kepulauan Borneo yang kaya dengan bahan mentah seperti emas, sarang burung, rempah, bauksit dan lain-lain. Persaingan mula terjadi antara kuasa besar seperti British, Sepanyol dan Belanda. Oleh yang demikian, kuasa pemerintahan Brunei mengalami pasang surut kerana pelbagai faktor seperti masalah dalaman pemerintahan Brunei, ancaman kuasa tempatan dan ancaman lanun yang aktif di kepulauan Borneo. Brunei terpaksa memikirkan langkah mencari jalan untuk mencari proksi yang mampu membantunya untuk mempertahankan kedaulatan wilayah yang dimiliki. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah mengunakan metodologi kesejarahan yang menggunakan model Kuntowijoyo iaitu melalui 4 proses tahapan iaitu Heuristik, kritik, analisa dan penulisan sejarah. Dapatan kajian ini mendapati bahawa faktor hubungan perjanjian antara James Brooke dan Brunei ialah hasrat Brunei memohon bantuan pihak luar, tanggungjawab yang tidak terlaksana, ancaman Kelurga Brooke kawasan lain di Sarawak dan ambil kesempatan dalam kesempitan Brunei. Impaknya ialah perubahan status ames Brooke sebagai gabenor ke Rajah Sarawak, ekonomi dikaut oleh James Brooke tetapi tanggungjawab terabai, awalnya status pajakan tetapi berubah menjadi penguasaan dan yang terakhir ialah Brunei hilang kedaulatan terhadap beberapa wilayahnya.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Abdul Razak Abdul Kadir, Jamil Hamali, Saimi Bujang, Firdaus Abdullah, Sharifah Anom Omar, Mohd Syahiran Abdul Latif, & Hadenan Towpek. (2024). HUBUNGAN BERAT SEBELAH JAMES BROOKE TERHADAP BRUNEI ABAD KE 19 MELALUI MANUSKRIP BRUNEI. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2301
Issue
Section
Articles