FAKTOR TIADA PERSEFAHAMAN: KAJIAN KES PERCERAIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SHAH ALAM

Authors

  • Nurhanisah Hadigunawan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
  • Rafeah Saidon Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
  • Shadli Sabarudin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
  • Fatin Nabilah Abdul Wahid Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

Abstract

Realiti kekeluargaan di Malaysia memperlihatkan trend perceraian meningkat setiap tahun. Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya perceraian dan antara faktor yang mencatatkan peratusan yang paling tinggi ialah tiada persefahaman. Pasangan yang bercerai disebabkan ketidakfahaman mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan mereka perlu bercerai. Justeru, kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara pasangan suami isteri. Kajian ini menggunakan kaedah analisis data daripada 15 fail kes dengan pengkhususan pada alasan perceraian disebabkan tiada persefahaman dari tahun 2017-2022. Kajian telah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Antara aspek yang dikaji ialah umur suami dan isteri, tempoh perkahwinan dan alasan tidak sefahaman. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan tiada persefahaman sering berlaku disebabkan masalah komunikasi, masalah nafkah dan pengabaian perasaan pasangan yang mana ianya merupakan faktor paling utama, selain faktor lain iaitu pengabaian tanggungjawab agama dan masalah kesihatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nurhanisah Hadigunawan, Rafeah Saidon, Shadli Sabarudin, & Fatin Nabilah Abdul Wahid. (2024). FAKTOR TIADA PERSEFAHAMAN: KAJIAN KES PERCERAIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SHAH ALAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2303