ISU DAN CABARAN DAKWAH NON-MUSLIM MENERUSI IMPLEMENTASI ZAKAT DI NEGERI PERLIS
Abstract
Toleransi antara non-Muslim yang tinggal bersama majoriti Muslim telah mewujudkan suatu interaksi sosial dalam kerangka kemanusiaan, keharmonian serta kestabilan sesebuah negara. Antara toleransi Islam terhadap masyarakat yang berbilang agama, bangsa dan budaya seperti Malaysia adalah menerusi pemberian sedekah dan zakat kepada golongan asnaf yang terdiri daripada golongan mualaf. Golongan mualaf ini terdiri daripada dua kelompok iaitu yang pertama ialah golongan non-Muslim yang cenderung hati mereka kepada Islam tetapi belum lagi memeluk Islam. Golongan mualaf yang ke dua ialah non-Muslim yang baru memeluk Islam. Justeru kajian ini melihat kepada isu dan cabaran zakat non-Muslim yang dihadapi oleh Unit Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Antara objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keperluan dakwah non-Muslim melalui agihan zakat yang telah diperuntukan. Selain itu, kajian akan mengenalpasti bentuk atau metod implementasi zakat non-Muslim sebagai asnaf zakat yang diletakkan mengikut keperluan dan cabaran semasa. Kajian ini turut menganalisis implementasi agihan zakat non-Muslim yang telah dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Dan adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Dalam meneroka lebih lanjut, kajian ini menggunakan kajian kualitatif induktif yang mana pengkaji menghasil makna atau pemahaman hasil dari data yang dikumpul dari lapangan kajian hasil interpretasi maklumat yang diperoleh daripada analisis transkripsi temu bual separa berstruktur. Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa isu dan cabaran iaitu persepsi masyarakat Islam terhadap non-Muslim, kekurangan dana, kurang tenaga pakar dalam bidang dakwah dan isu politik serta media massa yang membentuk cabaran pemberian zakat terhadap golongan non-Muslim. Implementasi zakat non-Muslim oleh pihak MAIPs diharap mampu meningkatkan kutipan zakat dan membuka ruang dakwah kepada sasaran non-Muslim yang berjinak dengan Islam.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Noor Azura Zainuddin, Nor Syahida Hashim, Nor Kartini Mohd Rodzi, Muhammad Ameen Khoya, & Nadiyah Hashim. (2024). ISU DAN CABARAN DAKWAH NON-MUSLIM MENERUSI IMPLEMENTASI ZAKAT DI NEGERI PERLIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2304
Issue
Section
Articles