PERINTAH KEHADIRAN WAJIB (PKW) SEBAGAI HUKUMAN PEMULIHAN BAGI PESALAH SYARIAH
Abstract
Prosiding jenayah syariah di Mahkamah Syariah dilaksanakan melalui peruntukan yang dinyatakan dalam statut tatacara jenayah negeri masing-masing. Mahkamah Syariah negeri dalam mengadili kes-kes jenayah syariah di Malaysia akan mengenakan hukuman kepada pesalah berpandukan kadar dan bentuk hukuman yang telah dinyatakan dalam Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (Pindaan 1965) atau Akta 355. Hukuman yang dikenakan adalah hukuman denda, sebatan dan pemenjaraan. Namun tiada amalan pelaksanaan hukuman pemulihan diberikan kepada pesalah memandangkan kekaburan dalam peruntukan undang-undang sedia ada. Peruntukan undang-undang hanya memperincikan hukuman pemulihan ataupun alternatif diberikan kepada pesalah muda mengikut tahap usia pesalah muda yang dinyatakan dalam statut negeri masing-masing. Sebagai langkah mengatasi kekaburan tersebut, kerajaan kini telah menggubal Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) sebagai salah satu alternatif hukuman pemulihan. Pelaksanan hukuman ini akan memberi ruang kepada pesalah untuk menjalani hukuman di luar penjara melalui PKW yang akan dilaksanakan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang menggunakan kaedah temubual, separa struktur serta merujuk penulisan-penulisan ilmiah, jurnal dan buku yang berkaitan perbincangan. Isu yang dapat dilihat dalam kajian ini adalah adakah hukuman PKW ini dapat diklasifikasikan sebagai hukuman pemulihan di Mahkamah Syariah memandangkan kaedah pelaksanaannya hampir sama iaitu membekalkan pesalah dengan kerja-kerja khidmat sosial yang mana ianya juga ada dinyatakan sebagai sebahagian bentuk kaedah hukuman dalam Perintah Kehadiran Wajib (PKW). Hasil dapatan kajian adalah memfokuskan bagi mengumpul satu dapatan terhadap perlaksanaan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) sebagai salah satu bentuk hukuman pemulihan dalam jenayah syariah yang selaras dengan konsep hukuman pemulihan dalam perundangan jenayah syariah di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nur Zulfah Md Abdul Salam, Norazla Abdul Wahab, & Hammad Mohamad Dahalan. (2024). PERINTAH KEHADIRAN WAJIB (PKW) SEBAGAI HUKUMAN PEMULIHAN BAGI PESALAH SYARIAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2306
Issue
Section
Articles