SISTEM KEPIMPINAN ORANG ASLI SEMELAI DI KAMPUNG ORANG ASLI (KOA) SUNGAI LUI, JEMPOL
Abstract
Suku Semelai merupakan salah satu suku kaum Orang Asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Negeri Sembilan dan Pahang. Penempatan mereka di Negeri Sembilan adalah di Kampung Orang Asli Sungai Lui dan Kampung Orang Asli Sungai Sampo di Jempol. Manakala, sebahagian mereka tinggal di beberapa Kawasan di Bera, Pahang. Sebahagian besar masyarakat ini masih berpegang kepada kepercayaan animisme, manakala sebahagian kecil pula telah memeluk agama Islam semenjak tahun 1990an. Makalah ini akan membincangkan sistem kepimpinan yang diamalkan dalam masyarakat Semelai serta peranan dan fungsi pemimpin (yang disebut sebagai Tok Batin) dalam masyarakat ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan cara mendapatkan data melalui temu bual informan penting di Kampung Orang Asli Sungai Lui, Jempol. Seterusnya data dianalisis secara deskriptif interpretif. Kajian mendapati sistem kepimpinan dalam masyarakat ini bercirikan tradisonal dan moden kerana telah diwarisi daripada nenek moyang mereka dan dalam masa yang sama turut terikat dengan sistem moden yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli. Dalam hal ini, Tok Batin mempunyai peranan yang besar termasuklah menjadi wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli dalam pentadbiran kampung serta menjadi rujukan dan penyelesai masalah dalam hal adat resam masyarakat mahupun hal-hal sosial.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Saifulazry Mokhtar, Sabariah Abd Rahim, & Mohammad Wazir Shafie Aliasah. (2024). SISTEM KEPIMPINAN ORANG ASLI SEMELAI DI KAMPUNG ORANG ASLI (KOA) SUNGAI LUI, JEMPOL. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2310
Issue
Section
Articles