MENYINGKAP SUMBANGAN TUN MOHD. SAID KERUAK DALAM PERKEMBANGAN POLITIK DI SABAH, MALAYSIA

Authors

  • Saidatul Badru Mohd. Said Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohd. Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Ismail Ali Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Tun Mohd. Said Keruak merupakan anak jati negeri Sabah yang lahir di Kg. Kota Belud dan telah berkecimpung dalam arena politik di Malaysia, khususnya di negeri Sabah. Sebagai seorang watak penting dalam dunia politik di Sabah, Tun Mohd. Said Keruak telah memainkan peranan yang signifikan dalam perkembangan politik di negeri ini. Namun demikian, perbincangan tentang kesignifikanan sumbangan Tun Mohd. Said Keruak dalam perkembangan politik di Sabah masih kurang diberikan penekanan dalam kalangan sarjana tempatan mahupun antarabangsa. Ini menyebabkan pemahaman umum tentang aspek tersebut masih lemah dan berada di takuk yang tidak sewajarnya. Menyedari hakikat ini maka kertas kerja ini ditulis bagi tujuan menjelaskan tentang sumbangan Tun Mohd. Said Keruak dalam perkembangan politik di Sabah. Kaedah kualitatif iaitu melalui rujukan pelbagai sumber sekunder dan temubual dengan responden terpilih digunakan bagi mendapatkan maklumat yang dimaksudkan dengan menumpukan kepada sumbangan Tun Mohd. Said Keruak dalam perkembangan politik Sabah mengikut jalur masa sejak Tun Mohd. Said Keruak berada di Kg. Kota Belud sehinggalah beliau menduduki Istana Negeri sebagai seorang Tuan Yang Terutama (TYT). Kertas kerja ini mendapati bahawa Tun Mohd. Said Keruak sebagai seorang yang berlatar belakangkan kehidupan serta nilai budaya kampung telah menyumbang secara signifikan dalam perkembangan politik Sabah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Saidatul Badru Mohd. Said, Mohd. Sohaimi Esa, Ismail Ali, Saifulazry Mokhtar, & Irma Wani Othman. (2024). MENYINGKAP SUMBANGAN TUN MOHD. SAID KERUAK DALAM PERKEMBANGAN POLITIK DI SABAH, MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2315