MENELUSURI KEPIMPINAN DAN KETOKOHAN SYEIKH TAHIR JALALUDDIN SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN: SATU ANALISIS
Abstract
Keperibadian akhlak dan ketinggian ilmu merupakan indikator utama bagi seseorang pemimpin. Pemimpin yang tidak mempunyai sifat-sifat ini sudah pasti tidak dapat mentadbir sesebuah organisasi dengan baik dan cemerlang. Kekuatan dan kelemahan tampuk kepimpinan dalam sesebuah organisasi adalah terletak dibahu seorang pemimpin. Kepimpinan dan ketokohan seseorang pemimpin perlu dijadikan panduan kepada pendakwah masa kini bagi melestarikan kejayaan dakwah yang diseru. Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat latar belakang Syeikh Tahir Jalaluddin sebagai seorang ilmuan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan ketokohannya sebagai pemimpin. Selain itu, kajian ini juga turut melihat bidang-bidang yang dikuasai oleh beliau serta karya-karya penulisan yang pernah beliau hasilkan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu dengan merujuk artikel-artikel ilmiah serta buku-buku yang pernah ditulis oleh para sarjana mengenai beliau. Hasil kajian ini mendapati Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang ilmuan yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi terutama dalam bidang agama, mempunyai keberanian dan ketabahan hati, bersikap tegas dan berterus terang, bersedia untuk ditegur dan disanggah oleh orang lain serta mempunyai pengaruh dari kalangan kawan-kawan dan anak-anak muridnya. Dengan memiliki sifat sedemikian rupa, sudah pasti beliau sangat sesuai untuk dijadikan contoh dan ikutan dalam landskap kepimpinan dan ketokohannya. Oleh itu, para pemimpin kini perlu mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang mantap sebelum dilantik sebagai seorang pemimpin agar pelantikan mereka sebagai seorang pemimpin tidak akan dipertikaikan kelak.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Saifulazry Mokhtar, Kasoma Thia, Mohd Sohaimi Esa, Irma Wani Othman, Mohd Syafiq Zaini, & Sharifah Darmia Sharif Adam. (2024). MENELUSURI KEPIMPINAN DAN KETOKOHAN SYEIKH TAHIR JALALUDDIN SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN: SATU ANALISIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2316
Issue
Section
Articles