HAK PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SATU TINJAUAN AWAL
Abstract
Persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada kesatuan umat manusia dalam sesebuah entiti masyarakat. Citra dan hati budi seseorang itu bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji. Dalam kerangka persaudaraan ini, interaksi sosial sesama manusia perlu mengikut adab-adab yang telah digariskan oleh Islam. Bagi mencerminkan persaudaraan menurut batas-batas syara’ maka konsep persaudaraan ini perlu didasari dengan ikatan akidah yang luhur dan mantap. Pengabaian hak-hak ini akan menimbulkan perselisihan faham, persengketaan serta memutuskan hubungan silaturahim antara Muslim. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis konsep persaudaraan dan persahabatan dalam Islam serta melihat bagaimana semangat persaudaraan dan persahabatan ini dapat diterapkan dalam seharian umat Islam. Kajian ini menjurus kepada kajian analisis dokumen iaitu dengan melihat kepada tafsir al-Quran dan coretan hadis serta kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan persaudaraan dan persahabatan. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai bentuk hak persaudaraan dan persahabatan yang telah disarankan oleh Islam bagi memastikan hubungan antara seorang Muslim dengan Muslim lain terbina seperti hak dalam bidang harta, hak memberi bantuan jiwa dan raga, hak memelihara lidah dan hati, hak memelihara ucapan, hak memberi kemafaan, hak mendoakan sahabat, hak menepati janji dan ikhlas diri dan hak memberi kemudahan. Dengan melaksanakan seluruh hak persaudaraan dan persahabatan tersebut dalam kehidupan, maka sudah pasti masyarakat Islam dapat mengelakkan perselisihan faham antara Muslim serta terus kekal dalam keharmonian dan kesejahteraan sejajar dengan melestarikan masyarakat madani yang diimpikan di bawah payung Rahmat Allah SWT.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Saifulazry Mokhtar, Kasoma Thia, Mohd Sohaimi Esa, Mohd Khairi Lebai Ahmad, Sharifah Darmia Sharif Adam, & Azmin Pullong. (2024). HAK PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SATU TINJAUAN AWAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2318
Issue
Section
Articles