ULUN ANTUNG (PEMIMPIN) DAN PERANANNYA DALAM ORGANISASI SOSIAL MASYARAKAT MURUT TAHOL

Authors

  • Abd Hakim Mohad Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
  • Ros Aiza Mohd Mokhtar Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Azmin Pullong Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Azman Che Mat Akademi Pengjian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Terengganu, Malaysia

Abstract

Ulun Antung atau pemimpin masyarakat Murut Tahol mempunyai peranan yang besar dalam organisasi sosial mereka. Peranan tersebut bukan sahaja menyentuh soal politik, tetapi juga meliputi aspek ekonomi, sosial dan budaya. Makalah ini akan menyentuh tentang Ulun Antung dan beberapa aspek yang mempunyai kaitan dengan kepemimpinan masyarakat Murut Tahol seperti pahun (rumah panjang) dan persanakan. Hal ini penting agar kita dapat memahami kedudukan sebenar Ulun Antung dalam masyarakat ini. Makalah ini ditulis sebagai usaha bagi menambah koleksi khazanah budaya masyarakat tradisional Sabah. Maklumat atau data yang diperoleh adalah hasil kajian literatur, dan kajian lapangan yang dilakukan penulis di daerah Tenom, khususnya di Kampung Alutok, Ulu Tomani. Maklumat yang terdapat dalam makalah ini adalah bersifat khusus kepada masyarakat Murut Tahol di kawasan kajian sahaja. Moga makalah ini dapat memberikan ilmu dan manfaat khususnya kepada pencinta budaya dan generasi muda.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Abd Hakim Mohad, Ros Aiza Mohd Mokhtar, Saifulazry Mokhtar, Azmin Pullong, & Azman Che Mat. (2024). ULUN ANTUNG (PEMIMPIN) DAN PERANANNYA DALAM ORGANISASI SOSIAL MASYARAKAT MURUT TAHOL. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2319