AMALAN BAIK PERATURAN: E10 SEBAGAI NARATIF BAHARU DALAM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MAJLIS PERBANDARAN KULIM KEDAH
Abstract
Pendekatan amalan baik peraturan atau good regulatory practise (GRP) merupakan salah satu kaedah digunakan dalam penguatkuasaan peraturan yang diamalkan dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Namun begitu, kaedah tersebut masih mewujudkan jurang antara keperluan orang ramai dan keperluan pematuhan secara ketat terhadap peraturan. Berdasarkan kerangka tersebut, kajian ini mengkaji mengenai amalan baik peraturan E10 sebagai pendekatan menang-menang antara masyarakat dengan pihak kerajaan tempatan berhubung peraturan kelulusan pembangunan. Rekabentuk kajian ini melibatkan kajian kes di Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Kedah. MPKK dipilih berdasarkan pendekatan menang-menang digunakan dalam meluluskan permit pembinaan kepada pelabur yang menjalankan perniagaan dalam daerah Kulim. Pendekatan menang-menang digunakan oleh MPKK dalam meluluskan permit pembinaan kepada pelabur telah mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2021. Hasil kajian mendapati bahawa E10 telah memperkenalkan beberapa proses kerja yang lebih sistematik sebelum permohonan permit dibuat membolehkan aktiviti perniagaan dapat dijalankan di dalam tempoh yang lebih singkat secara persetujuan bersama antara pelabur dan agensi kerajaan. Pendekatan E10 telah memberi banyak impak positif kepada usaha menarik pelabur, membuka peluang pekerjaan kepada penduduk dan menjana pendapatan kepada pihak berkuasa tempatan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nadzman Mustaffa, Halimah Abdul Manaf, Hamzah Abdul Halim, & Mazrina Mohammed Ibramshah. (2024). AMALAN BAIK PERATURAN: E10 SEBAGAI NARATIF BAHARU DALAM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MAJLIS PERBANDARAN KULIM KEDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2320
Issue
Section
Articles