KONFLIK KAUM SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN 1945 DAN PERISTIWA 13 MEI 1969 DI TANAH MELAYU: SUATU ANALISIS

Authors

  • Mohd Syafiq Zaini Pascasiswazah, Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Sharifah Darmia Sharif Adam Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Sabariah Abd Rahim Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Azman Che Mat Akademi Pengjian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Terengganu, Malaysia

Abstract

Masyarakat Tanah Melayu mempunyai penduduk yang pelbagai dan berbilang kaum, yang berasal dari zaman penjajahan British. Dalam konteks pluralistik masyarakat Malaysia, isu perkauman boleh dikatakan sensitif dan penting. Pluralisme menunjukkan kepelbagaian berdasarkan setiap identiti kaum. Kepelbagaian merujuk kepada perbezaan yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Perbezaan ini merupakan cabaran kepada pembinaan identiti nasional dan perpaduan negara kerana dalam usaha mewujudkan negara bangsa bukanlah sesuatu yang mudah. Tumpuan kajian memfokuskan kepada analisis di antara dua insiden konflik kaum telah berlaku iaitu selepas pendudukan Jepun 1945 dan peristiwa 13 Mei 1969. Analisis ini akan melihat dari segi aspek analisis persamaan dan perbezaan antara kedua-dua peristiwa konflik kaum tersebut. Adakah benar wujud perbezaan mahupun persamaan antara kedua-dua peristiwa konflik kaum di Tanah Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua peristiwa konflik kaum tersebut adalah merupakan suatu kejadian yang dirancang dan tidak berlaku secara spontan. Ia juga didorong daripada wujudnya unsur oppression atau penindasan yang sangat berat. Dari segi penglibatan komunis, dilihat lebih menyeluruh semasa insiden selepas pendudukan Jepun pada 1945 berbanding peristiwa 13 Mei 1969. Menjadikan konflik kaum pada 1945 tidaklah bersifat perkauman secara menyeluruh tetapi lebih kepada matlamat mereka dalam memperluaskan pengaruh komunis di Tanah Melayu. Berbeza dengan peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum berlaku akibat daripada persaingan politik ketika itu yang tidak sihat dan tidak mementingkan kemajmukan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohd Syafiq Zaini, Saifulazry Mokhtar, Sharifah Darmia Sharif Adam, Sabariah Abd Rahim, & Azman Che Mat. (2024). KONFLIK KAUM SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN 1945 DAN PERISTIWA 13 MEI 1969 DI TANAH MELAYU: SUATU ANALISIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2323