KESOPANAN BERBAHASA MASYARAKAT MALAYSIA MENGIKUT PRINSIP KESOPANAN LEECH
Abstract
Kesopanan berbahasa mejadi teras keharmonian dalam sesebuah negara khususnya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum, etnik dan agama. Namun, ketidaksopanan berbahasa yang wujud dalam kalangan masyarakat semakin membimbangkan sehingga dijadikan trend komunikasi masa kini. Penggunaan bahasa kurang sopan, mencarut dan memaki hamun telah meruntuhkan budaya kesopanan berbahasa yang menjadi salah satu elemen sangat signifikan dalam pertumbuhan dan perkembangan masyarakat sebagai pengungkap falsafah, ilmu dan pemikiran serta alat kreativiti manusia dalam pelbagai bidang kehidupan. Justeru, bahasa harus diletakkan di tempat yang sewajarnya bersesuaian dengan konteks pembinaan dan pemantapan sesebuah masyarakat yang bertamadun. Dalam konteks masyarakat Malaysia, kesopanan berbahasa amat dititikberatkan sebagai cerminan nilai kelompok masyarakat di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti maksim kesopanan berbahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia dan melihat hubungan Prinsip Kesopanan Leech dengan sosiobudaya masyarakat di Malaysia. Kaedah kajian adalah kuantitatif yang melibatkan pengumpulan data utama melalui tinjauan ke atas 272 orang belia Melayu, Cina dan India di sekitar Lembah Klang. Dapatan kajian mendapati bahawa adanya kesopanan berbahasa melalui maksim santun, maksim budiman dan maksim persetujuan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Prinsip Kesopanan Leech membuktikan bahawa ketiga-tiga maksim berjaya menyatupadukan pelbagai etnik yang mencerminkan jati diri masyarakat Malaysia. Intihanya, diharapkan kajian ini mampu dijadikan sebagai bahan rujukan berkenaan kesopanan berbahasa yang sangat signifikan dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Norazilah Buhari, Nor Azlili Hassan, & Nik Norazira Abd Aziz. (2024). KESOPANAN BERBAHASA MASYARAKAT MALAYSIA MENGIKUT PRINSIP KESOPANAN LEECH. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2325
Issue
Section
Articles