GENDER KETIGA DI MALAYSIA: SUATU SOROTAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Authors

  • Nurhidayah Muhamad Sharifuddin Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam University of Malaya, 50603, Kuala, Lumpur
  • Mohd Anuar Ramli Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam University of Malaya, 50603, Kuala, Lumpur

Abstract

Era pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda zaman kini semakin membuatkan manusia berani melakukan sesuatu di luar norma budaya setempat serta syariat Islam. Situasi bertambah genting apabila terdapat sebuah pihak cuba membuka ruang untuk mengiktiraf golongan gender ketiga di Malaysia. Jika usaha ini diteruskan, ia akan memberi peluang besar kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang selama ini memperjuangkan hak asasi supaya mereka diterima oleh masyarakat tanpa didiskriminasi dalam pelbagai aspek. Polemik yang melanda ini telah membuka mata banyak pertubuhan bukan kerajaan atau Non-Governmental Organisation (NGO) dan tokoh tempatan tampil bersama-sama mengekang usaha pengiktirafan tersebut. Hal ini kerana budaya ini jelas di dalam agama Islam bertentangan dengan fitrah dan syariat Islam serta tidak selari dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip keagamaan Islam. Justeru kertas kerja ini akan membincangkan konsep gender ketiga dari perspektif Islam dan kesannya kepada masyarakat Islam di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dengan aplikasi kaedah kepustakaan sepenuhnya. Data yang dikumpulkan dianalisis secara induktif untuk merumuskan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati budaya gender ketiga perlu dibendung sepenuhnya sebelum ianya tersebar luas ke dalam masyarakat Islam kerana berlawanan dengan tuntutan agama Islam dan budaya setempat. Sebarang usaha untuk mengiktiraf budaya ini perlu dikekang habis-habisan kerana ia akan mendorong berlakunya pelbagai perbuatan yang dilarang syarak. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dan berganding bahu supaya isu ini dapat diselesaikan demi kemaslahatan umat Islam khususnya di negara ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nurhidayah Muhamad Sharifuddin, & Mohd Anuar Ramli. (2024). GENDER KETIGA DI MALAYSIA: SUATU SOROTAN DARI PERSPEKTIF ISLAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2326