KEFAHAMAN DAN PERSEPSI TERHADAP BUDAYA SILANG GENDER DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
Abstract
Darsawarsa ini, lambakan suatu budaya silang gender atau lebih dikenali sebagai transgender di Malaysia menjadi salah satu cabaran besar kepada umat Islam masa kini. Kemajuan dunia digital menjadi batu loncatan kepada golongan ini untuk menormalisasikan budaya silang gender di negara ini. Gabungan kuasa teknologi dan lambakan aplikasi media sosial memberi kemudahan kepada semua golongan khususnya golongan muda untuk mengakses pelbagai bentuk perbincangan terutamanya berkenaan isu tersebut. Hal ini bersangkut paut di mana golongan muda turut menjadi penyumbang kepada percambahan golongan ini. Kita boleh lihat di media sosial, golongan silang gender semakin berani tampil secara terang-terangan menyebarkan ideologi mereka malah sehingga sanggup menghina agama Islam. Tamsilnya, mereka mengadakan siaran langsung di aplikasi media sosial peribadi sambil makan di siang hari pada bulan Ramadhan. Perbuatan ini memperlihatkan kerapuhan terhadap penghayatan agama yang mengakibatkan mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan agama Islam tanpa mengambil kira soal pahala dan dosa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman dan persepsi pelajar universiti mengenai isu silang gender di Malaysia. Tinjauan soal selidik diedarkan kepada responden yang merupakan pelajar di salah sebuah IPT di Malaysia. Keputusan dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa responden menunjukkan tahap kefahaman yang sederhana terhadap isu gelaja silang gender di Malaysia. Selain itu, persepsi mereka terhadap budaya silang gender juga berada di tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa isu silang gender perlu didedahkan secara meluas kepada pelajar universiti agar mereka lebih cakna dengan kehadiran budaya ini. Kajian ini juga dilihat amat signifikan untuk membendung masyarakat khususnya golongan muda Muslim daripada bersikap keterbukaan dalam menerima kehadiran budaya silang gender seterusnya terjebak dalam kancah silang gender yang bertentangan dengan syariat Islam.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nurhidayah Muhamad Sharifuddin, Mohd Anuar Ramli, & Farah Farhana Rosli. (2024). KEFAHAMAN DAN PERSEPSI TERHADAP BUDAYA SILANG GENDER DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2327
Issue
Section
Articles