ANALISIS STEREOTAIP ANTARA ETNIK PENDUDUK SEKSYEN 2, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR

Authors

  • Marzudi Md Yunus Jabatan Sosio-Budaya/Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Malaysia
  • Hairol Anuar Mak Din Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, Universiti Islam Selangor, Malaysia
  • Nor Azlili Hassan Jabatan Pengajian Umum Fakulti Industri Kreatif, UTAR, Malaysia
  • Azlina Abdullah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zan Jabatan Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Islam Selangor, Malaysia

Abstract

Fenomena stereotaip memberi kesan ke atas interaksi antara pelbagai etnik dan boleh mengancam perpaduan di Malaysia. Istilah stereotaip adalah merujuk kepada suatu kenyataan yang terlalu umum terhadap sesuatu kumpulan etnik, sama ada berbentuk negatif mahupun sebaliknya. Kepercayaan stereotaip terhadap etnik lain berupaya menimbulkan pelbagai masalah terhadap interaksi dalam kehidupan terutamanya dalam situasi masyarakat yang beraneka etnik, apatah lagi negara ini pernah berhadapan dengan tragedi berdarah 13 Mei 1969. Cakna terhadap kepentingan konsep stereotaip ini, maka kajian tinjauan telah dilakukan untuk mengenal pasti kefahaman serta kepercayaan stereotaip oleh ahli suatu komuniti multi-etnik terhadap etnik lain. Pendekatan kuantitatif dipraktikkan dengan teknik persampelan yang digunakan adalah secara bersasar iaitu dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Responden seramai 300 orang adalah dalam kalangan komuniti penduduk berbilang etnik yang tinggal di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Penemuan kajian berdasarkan tiga konstruk iaitu: 1) konstruk perincian mudah, 2) konstruk anggap semua ahli etnik sama, dan 3) konstruk pernyataan umum negatif telah mendapati bahawa majoriti responden mempunyai fahaman yang stereotaip terhadap etnik lain iaitu sebanyak 80 peratus. Berkesinambungan daripada dapatan kajian ini, kajian susulan boleh dicadangkan dengan mempelbagaikan responden berdasarkan umur, jantina serta kelas sosial agar konsep stereotaip dapat dilihat secara menyeluruh.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Marzudi Md Yunus, Hairol Anuar Mak Din, Nor Azlili Hassan, Azlina Abdullah, & Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zan. (2024). ANALISIS STEREOTAIP ANTARA ETNIK PENDUDUK SEKSYEN 2, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2328