KELANGSUNGAN ADAT BERTIMBANG KOMUNITI BAJAU KAMPUNG BOLONG, TUARAN
Abstract
Sebelum kedatangan agama Islam di Malaysia, kehidupan etnik Bajau majoritinya adalah berpaksikan kepada kepercayaan animisme. Seiring dengan peredaran zaman, telah berlaku pertembungan budaya antara agama Islam dengan kepercayaan nenek moyang masyarakat Bajau di Sabah, lalu disesuaikan mengikut situasi dan kepentingan semasa. Antara amalan yang masih wujud hingga kini ialah adat bertimbang iaitu satu upacara menimbang bayi yang dilahirkan pada bulan Muharam dan Safar. Masyarakat Bajau percaya bayi yang lahir pada bulan tersebut akan mengundang bencana kepada dirinya apabila dewasa kelak. Oleh itu upacara bertimbang dilakukan untuk memohon kepada Allah SWT agar dijauhkan bayi itu dari malapetaka sepanjang hidupnya. Persoalannya, mengapakah masyarakat Bajau masih mengekalkan adat tradisi nenek moyang ini? Berdasarkan kajian kes di Kg. Bolong, Tuaran, artikel ini mengungkap Faktor Kelangsungan Adat Bertimbang Komuniti Bajau Kampung Bolong, Tuaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Beberapa orang informan telah ditemu bual secara mendalam yang terdiri dari orang tua Kampung Bolong, Kampung Simpangan serta Kampung Pulau Gaya Asal. Dapatan kajian merumuskan ada dua faktor yang menyebabkan adat timbang masih diterima hingga kini. Pertama, adat timbang penting dari sudut penyembuhan rohani, dan kedua ialah, adat timbang telah diselarikan dengan akidah Islam.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Saidatul Sahirah Adam, Abang Mohd. Razif Abang Muis, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Syamsul Azizul Marinsah, & Saifulazry Mokhtar. (2024). KELANGSUNGAN ADAT BERTIMBANG KOMUNITI BAJAU KAMPUNG BOLONG, TUARAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2329
Issue
Section
Articles